Please use this identifier to cite or link to this item:
https://repositori.mypolycc.edu.my/jspui/handle/123456789/5174
Title: | ASAS SYARIAH DALAM MUNAKAHAT |
Authors: | DR. NORHANA BINTI AHAD PN SURIATI BINTI BARNING |
Keywords: | Marriage Religious Marriage (Islamic law) Families |
Issue Date: | 2022 |
Publisher: | Politeknik Melaka |
Abstract: | Fitrah manusiawi memerlukan teman hidup serta zuriat keturunan kerana ianya mampu melahirkan ketenteraman jiwa. Bagi mencapai hasrat ini, ianya dapat dicapai melalui jalan perkahwinan. Perkahwinan merupakan satu tuntutan yang lumrah dalam kehidupan dan kejadian manusia. Ini kerana melalui perkahwinan dapat membiakkan keturunan dan mengekalkan kelanjutan generasi manusia. Selain itu juga dapat menjalin tali persaudaraan berasaskan cinta, kasih sayang antara satu sama lain. Demikian itu perkahwinan adalah aspek yang mendapat perhatian yang besar dalam Islam. Dalam penulisan ini, skop perbincangan menjurus kepada asas syariat dalam munakahat, atau lebih sinonim dengan aspek perkahwinan dalam Islam bermula daripada perkara asas dalam pra perkahwinan yang mana menyentuh tentang konsep asas, dalil pensyariatan, matlamat perkahwinan, serta hukum hakam yang berkisar tentang golongan yang haram dikahwini. Perbincangan selanjutnya diteruskan dengan panduan dalam pemilihan pasangan hingga membawa kepada implikasi perkahwinan itu sendiri yang menuntut kepada tanggungjawab pasangan dalam rumahtangga. Tidak dinafikan aplikasi asas syariat ini sebenarnya perlu dihuraikan dalam konteks yang lebih besar memandangkan pemakaiannya meliputi setiap sisi kehidupan manusia. Namun diharapkan penulisan ini dapat memberi sedikit sebanyak maklumat tentang asas yang terkandung dalam syariat Islam berkisar hal ehwal perkahwinan. Selain itu juga ianya dapat memperkaya bahan ilmiah yang boleh membawa kepada perkembangan ilmu kekeluargaan Islam. |
URI: | https://repositori.mypolycc.edu.my/jspui/handle/123456789/5174 |
ISBN: | 9789670838748 |
Appears in Collections: | 2022 |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ASAS SYARIAH DALAM MUNAKAHAT.pdf | 1.64 MB | Adobe PDF | ![]() View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.