Sila gunakan pengecam ini untuk memetik atau memaut ke item ini:
https://repositori.mypolycc.edu.my/jspui/handle/123456789/5174
Tajuk: | ASAS SYARIAH DALAM MUNAKAHAT |
Pengarang: | DR. NORHANA BINTI AHAD PN SURIATI BINTI BARNING |
Kata kunci: | Marriage Religious Marriage (Islamic law) Families |
Tarikh diterbit: | 2022 |
Penerbit: | Politeknik Melaka |
Abstrak: | Fitrah manusiawi memerlukan teman hidup serta zuriat keturunan kerana ianya mampu melahirkan ketenteraman jiwa. Bagi mencapai hasrat ini, ianya dapat dicapai melalui jalan perkahwinan. Perkahwinan merupakan satu tuntutan yang lumrah dalam kehidupan dan kejadian manusia. Ini kerana melalui perkahwinan dapat membiakkan keturunan dan mengekalkan kelanjutan generasi manusia. Selain itu juga dapat menjalin tali persaudaraan berasaskan cinta, kasih sayang antara satu sama lain. Demikian itu perkahwinan adalah aspek yang mendapat perhatian yang besar dalam Islam. Dalam penulisan ini, skop perbincangan menjurus kepada asas syariat dalam munakahat, atau lebih sinonim dengan aspek perkahwinan dalam Islam bermula daripada perkara asas dalam pra perkahwinan yang mana menyentuh tentang konsep asas, dalil pensyariatan, matlamat perkahwinan, serta hukum hakam yang berkisar tentang golongan yang haram dikahwini. Perbincangan selanjutnya diteruskan dengan panduan dalam pemilihan pasangan hingga membawa kepada implikasi perkahwinan itu sendiri yang menuntut kepada tanggungjawab pasangan dalam rumahtangga. Tidak dinafikan aplikasi asas syariat ini sebenarnya perlu dihuraikan dalam konteks yang lebih besar memandangkan pemakaiannya meliputi setiap sisi kehidupan manusia. Namun diharapkan penulisan ini dapat memberi sedikit sebanyak maklumat tentang asas yang terkandung dalam syariat Islam berkisar hal ehwal perkahwinan. Selain itu juga ianya dapat memperkaya bahan ilmiah yang boleh membawa kepada perkembangan ilmu kekeluargaan Islam. |
URI: | https://repositori.mypolycc.edu.my/jspui/handle/123456789/5174 |
ISBN: | 9789670838748 |
Muncul dalam Koleksi: | 2022 |
Fail | Penerangan | Saiz | Format | |
---|---|---|---|---|
ASAS SYARIAH DALAM MUNAKAHAT.pdf | 1.64 MB | Adobe PDF | ![]() Lihat/buka |
Item di DSpace dilindungi oleh hak cipta, dengan semua hak dilindungi, kecuali dinyatakan sebaliknya.