
Please use this identifier to cite or link to this item:
https://repositori.mypolycc.edu.my/jspui/handle/123456789/10073| Title: | Mesin Pengisar Permukaan Mini |
| Authors: | Muhammad Harriz Harraz Redzuwan Muhammad Adi Rasul Mohd Jalil Ahmad Ilhami Ismail Fatin Natasha Rozahar |
| Keywords: | Kit pembelajaran mesin pengisar |
| Issue Date: | 2020 |
| Series/Report no.: | ;1884 |
| Abstract: | Kit Pembelajaran merupakan satu kaedah inovatif yang dijadikan sebagai bahan bantu belajar di peringkat pengajian. Bahan ini diguna dan dilaksanakan oleh para pengajar untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih mudah dan difahami oleh pelajar. Kemasan merupakan projek terakhir dalam penghasilan sesuatu produk sebelum dipasarkan. Kaedah kemasan yang betul menentukan kesenian tukang dan kecantikan benda kerja. Untuk menghasilkan kemasan yang menarik dan bermutu tinggi, benda kerja atau projek perlu dirawat supaya apabila disiapkan dengan kemasan tertentu tidak akan menunjukkan kelemahan dan kecacatan kayu tersebut. Salah satu kemasan terakhir ialah dengan mengikir permukaan atas kayu dan besi agar produk yang dihasilkan lebih kemas dan halus. Di bengkel foundry kebiasaannya para pelajar akan menggunakan kaedah tradisional iaitu menggunakan kertas pasir. Namun begitu, kekurangan kaedah tersebut adalah para pengguna perlu menggunakan tenaga fizikal yang banyak. Seiring peredaran masa dan zaman teknologi hujung jari, Kit Pembelajaran telah dicipta iaitu Mesin Pengisar Permukaan Mini. Mesin Pengisar Mini adalah sesuatu projek inovasi yang bertujuan untuk membantu para pelajar dan pensyarah dalam kaedah mudah dan cepat. |
| URI: | https://repositori.mypolycc.edu.my/jspui/handle/123456789/10073 |
| Appears in Collections: | Laporan Projek Pelajar |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.
