
Please use this identifier to cite or link to this item:
https://repositori.mypolycc.edu.my/jspui/handle/123456789/9476| Title: | PENEROKAAN KEMAHIRAN, MOTIVASI, DAN CABARAN DALAM KESUKARELAWANAN: SATU KAJIAN KUALITATIF DALAM KALANGAN PELAJAR UNIVERSITI |
| Other Titles: | EXPLORING SKILLS, MOTIVATION, AND CHALLENGES IN VOLUNTEERISM: A QUALITATIVE STUDY AMONG UNIVERSITY STUDENTS |
| Authors: | Nurul Hidayah Jamaludin Rozita Ibrahim Zurina Mahadi Wardah Mustafa Din Nurul Hanis Aminuddin Jafry |
| Keywords: | Kesukarelawanan Kemahiran insaniah Motivasi Pendidikan tinggi Temubual kumpulan fokus Focus group discussion Higher education Motivation Soft skills Volunteerism |
| Issue Date: | 2025 |
| Publisher: | Pusat Citra Universiti, Universiti Kebangsaan Malaysia |
| Series/Report no.: | MALIM: Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara;26 (2025): 107-124 |
| Abstract: | Sukarelawan merupakan satu aktiviti yang dilakukan secara individu atau dalam kumpulan dengan tujuan membantu masyarakat dari sudut masa, tenaga atau kewangan tanpa mengharapkan ganjaran. Kebanyakan universiti di Malaysia menjalankan aktiviti sukarelawan dalam kalangan pelajar melalui program-program yang diadakan dalam universiti sama ada di fakulti atau kolej atau di luar bersama masyarakat. Kajian ini dilaksanakan untuk mengambil pendekatan bahawa penglibatan dalam aktiviti kesukarelawanan merupakan elemen penting dalam pembentukan sahsiah individu dan pembangunan sosial masyarakat. Walau bagaimanapun, masih terdapat jurang dalam pemahaman terhadap kemahiran kritikal yang diperlukan oleh pelajar bagi melaksanakan peranan mereka sebagai sukarelawan. Sehubungan itu, kajian ini meneroka pandangan pelajar universiti di Malaysia mengenai kemahiran yang diperoleh melalui penglibatan dalam aktiviti kesukarelawanan, faktor yang mendorong penyertaan mereka, serta cabaran yang dihadapi dalam mengekalkan penglibatan tersebut. Data dikumpul melalui perbincangan kumpulan fokus (FGD) bersama 32 orang pelajar yang dibahagikan kepada tiga kumpulan kecil (10–12 orang setiap kumpulan). Analisis tema mendapati tiga teras utama: (1) kesukarelawanan membentuk kemahiran komunikasi, kepimpinan, kerja berpasukan, dan empati; (2) motivasi yang mendorong penyertaan termasuk altruism, pengaruh rakan sebaya, dan pembangunan diri atau nilai spiritual; dan (3) cabaran dihadapi adalah kekangan masa, pemikiran kritis dan kurang keyakinan diri. Dapatan ini ditafsir menggunakan Teori Fungsional Kesukarelawanan, Teori Pembelajaran Berasaskan Pengalaman, dan Teori Modal Sosial. Implikasi dari kajian ini menekankan keperluan program kesukarelawanan yang lebih berstruktur dan sokongan institusi bagi memaksimumkan penyertaan dan hasil pembelajaran pelajar. |
| URI: | https://repositori.mypolycc.edu.my/jspui/handle/123456789/9476 |
| Appears in Collections: | JABATAN PENGAJIAN AM |
Files in This Item:
| File | Description | Size | Format | |
|---|---|---|---|---|
| PENEROKAAN KEMAHIRAN, MOTIVASI, DAN CABARAN DALAM KESUKARELAWANAN SATU KAJIAN KUALITATIF DALAM KALANGAN PELAJAR UNIVERSITI.pdf | 316.88 kB | Adobe PDF | ![]() View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.
