Please use this identifier to cite or link to this item: https://repositori.mypolycc.edu.my/jspui/handle/123456789/9476
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.authorNurul Hidayah Jamaludin-
dc.contributor.authorRozita Ibrahim-
dc.contributor.authorZurina Mahadi-
dc.contributor.authorWardah Mustafa Din-
dc.contributor.authorNurul Hanis Aminuddin Jafry-
dc.date.accessioned2026-04-15T06:04:02Z-
dc.date.available2026-04-15T06:04:02Z-
dc.date.issued2025-
dc.identifier.otherhttps://doi.org/10.17576/malim-2025-2601-0-
dc.identifier.urihttps://repositori.mypolycc.edu.my/jspui/handle/123456789/9476-
dc.description.abstractSukarelawan merupakan satu aktiviti yang dilakukan secara individu atau dalam kumpulan dengan tujuan membantu masyarakat dari sudut masa, tenaga atau kewangan tanpa mengharapkan ganjaran. Kebanyakan universiti di Malaysia menjalankan aktiviti sukarelawan dalam kalangan pelajar melalui program-program yang diadakan dalam universiti sama ada di fakulti atau kolej atau di luar bersama masyarakat. Kajian ini dilaksanakan untuk mengambil pendekatan bahawa penglibatan dalam aktiviti kesukarelawanan merupakan elemen penting dalam pembentukan sahsiah individu dan pembangunan sosial masyarakat. Walau bagaimanapun, masih terdapat jurang dalam pemahaman terhadap kemahiran kritikal yang diperlukan oleh pelajar bagi melaksanakan peranan mereka sebagai sukarelawan. Sehubungan itu, kajian ini meneroka pandangan pelajar universiti di Malaysia mengenai kemahiran yang diperoleh melalui penglibatan dalam aktiviti kesukarelawanan, faktor yang mendorong penyertaan mereka, serta cabaran yang dihadapi dalam mengekalkan penglibatan tersebut. Data dikumpul melalui perbincangan kumpulan fokus (FGD) bersama 32 orang pelajar yang dibahagikan kepada tiga kumpulan kecil (10–12 orang setiap kumpulan). Analisis tema mendapati tiga teras utama: (1) kesukarelawanan membentuk kemahiran komunikasi, kepimpinan, kerja berpasukan, dan empati; (2) motivasi yang mendorong penyertaan termasuk altruism, pengaruh rakan sebaya, dan pembangunan diri atau nilai spiritual; dan (3) cabaran dihadapi adalah kekangan masa, pemikiran kritis dan kurang keyakinan diri. Dapatan ini ditafsir menggunakan Teori Fungsional Kesukarelawanan, Teori Pembelajaran Berasaskan Pengalaman, dan Teori Modal Sosial. Implikasi dari kajian ini menekankan keperluan program kesukarelawanan yang lebih berstruktur dan sokongan institusi bagi memaksimumkan penyertaan dan hasil pembelajaran pelajar.ms_IN
dc.language.isootherms_IN
dc.publisherPusat Citra Universiti, Universiti Kebangsaan Malaysiams_IN
dc.relation.ispartofseriesMALIM: Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara;26 (2025): 107-124-
dc.subjectKesukarelawananms_IN
dc.subjectKemahiran insaniahms_IN
dc.subjectMotivasims_IN
dc.subjectPendidikan tinggims_IN
dc.subjectTemubual kumpulan fokusms_IN
dc.subjectFocus group discussionms_IN
dc.subjectHigher educationms_IN
dc.subjectMotivationms_IN
dc.subjectSoft skillsms_IN
dc.subjectVolunteerismms_IN
dc.titlePENEROKAAN KEMAHIRAN, MOTIVASI, DAN CABARAN DALAM KESUKARELAWANAN: SATU KAJIAN KUALITATIF DALAM KALANGAN PELAJAR UNIVERSITIms_IN
dc.title.alternativeEXPLORING SKILLS, MOTIVATION, AND CHALLENGES IN VOLUNTEERISM: A QUALITATIVE STUDY AMONG UNIVERSITY STUDENTSms_IN
dc.typeArticlems_IN
Appears in Collections:JABATAN PENGAJIAN AM



Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.