
Sila gunakan pengecam ini untuk memetik atau memaut ke item ini:
https://repositori.mypolycc.edu.my/jspui/handle/123456789/9476| Tajuk: | PENEROKAAN KEMAHIRAN, MOTIVASI, DAN CABARAN DALAM KESUKARELAWANAN: SATU KAJIAN KUALITATIF DALAM KALANGAN PELAJAR UNIVERSITI |
| : | EXPLORING SKILLS, MOTIVATION, AND CHALLENGES IN VOLUNTEERISM: A QUALITATIVE STUDY AMONG UNIVERSITY STUDENTS |
| Pengarang: | Nurul Hidayah Jamaludin Rozita Ibrahim Zurina Mahadi Wardah Mustafa Din Nurul Hanis Aminuddin Jafry |
| Kata kunci: | Kesukarelawanan Kemahiran insaniah Motivasi Pendidikan tinggi Temubual kumpulan fokus Focus group discussion Higher education Motivation Soft skills Volunteerism |
| Tarikh diterbit: | 2025 |
| Penerbit: | Pusat Citra Universiti, Universiti Kebangsaan Malaysia |
| Siri / Laporan No.: | MALIM: Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara;26 (2025): 107-124 |
| Abstrak: | Sukarelawan merupakan satu aktiviti yang dilakukan secara individu atau dalam kumpulan dengan tujuan membantu masyarakat dari sudut masa, tenaga atau kewangan tanpa mengharapkan ganjaran. Kebanyakan universiti di Malaysia menjalankan aktiviti sukarelawan dalam kalangan pelajar melalui program-program yang diadakan dalam universiti sama ada di fakulti atau kolej atau di luar bersama masyarakat. Kajian ini dilaksanakan untuk mengambil pendekatan bahawa penglibatan dalam aktiviti kesukarelawanan merupakan elemen penting dalam pembentukan sahsiah individu dan pembangunan sosial masyarakat. Walau bagaimanapun, masih terdapat jurang dalam pemahaman terhadap kemahiran kritikal yang diperlukan oleh pelajar bagi melaksanakan peranan mereka sebagai sukarelawan. Sehubungan itu, kajian ini meneroka pandangan pelajar universiti di Malaysia mengenai kemahiran yang diperoleh melalui penglibatan dalam aktiviti kesukarelawanan, faktor yang mendorong penyertaan mereka, serta cabaran yang dihadapi dalam mengekalkan penglibatan tersebut. Data dikumpul melalui perbincangan kumpulan fokus (FGD) bersama 32 orang pelajar yang dibahagikan kepada tiga kumpulan kecil (10–12 orang setiap kumpulan). Analisis tema mendapati tiga teras utama: (1) kesukarelawanan membentuk kemahiran komunikasi, kepimpinan, kerja berpasukan, dan empati; (2) motivasi yang mendorong penyertaan termasuk altruism, pengaruh rakan sebaya, dan pembangunan diri atau nilai spiritual; dan (3) cabaran dihadapi adalah kekangan masa, pemikiran kritis dan kurang keyakinan diri. Dapatan ini ditafsir menggunakan Teori Fungsional Kesukarelawanan, Teori Pembelajaran Berasaskan Pengalaman, dan Teori Modal Sosial. Implikasi dari kajian ini menekankan keperluan program kesukarelawanan yang lebih berstruktur dan sokongan institusi bagi memaksimumkan penyertaan dan hasil pembelajaran pelajar. |
| URI: | https://repositori.mypolycc.edu.my/jspui/handle/123456789/9476 |
| Muncul dalam Koleksi: | JABATAN PENGAJIAN AM |
| Fail | Penerangan | Saiz | Format | |
|---|---|---|---|---|
| PENEROKAAN KEMAHIRAN, MOTIVASI, DAN CABARAN DALAM KESUKARELAWANAN SATU KAJIAN KUALITATIF DALAM KALANGAN PELAJAR UNIVERSITI.pdf | 316.88 kB | Adobe PDF | ![]() Lihat/buka |
Item di DSpace dilindungi oleh hak cipta, dengan semua hak dilindungi, kecuali dinyatakan sebaliknya.
