
Sila gunakan pengecam ini untuk memetik atau memaut ke item ini:
https://repositori.mypolycc.edu.my/jspui/handle/123456789/7281| Tajuk: | ISU KETIDAKSEPADANAN PEKERJAAN DAN PENGANGGURAN DALAM KALANGAN GRADUAN |
| : | JOB-MISMATCH AND UNEMPLOYMENT ISSUES AMONG GRADUATES |
| Pengarang: | Iszan Hana Kaharudin Mohd Syuhaimi Ab Rahman Wan Nur Syamimi Wan Zin |
| Kata kunci: | Ketidaksepadanan Pengangguran Tenaga kerja Pasaran buruh Mismatch Unemployment Workforce Labor market |
| Tarikh diterbit: | 15-Dis-2023 |
| Penerbit: | Pusat Citra Universiti, Universiti Kebangsaan Malaysia |
| Siri / Laporan No.: | MALIM: Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara;24 (2023): 155-164 |
| Abstrak: | Pada masa kini, kebanyakan negara berhadapan dengan masalah lepasan siswazah yang gagal menempatkan diri dalam mana-mana sektor pekerjaan walaupun telah berjaya menamatkan pengajian. Senario ini semakin meruncing dan bertambah kompleks apabila ramai dalam kalangan lepasan siswazah terlalu memilih pekerjaan tertentu semata-mata ingin memenuhi kelayakan dalam jurusan atau bidang yang dipilih. Peluang pekerjaan yang disediakan kepada lepasan siswazah adalah terbatas berbanding bilangan graduan yang dihasilkan oleh Institut Pengajian Tinggi. Keadaan ini sudah tentunya akan mewujudkan persaingan untuk mendapatkan pekerjaan. Oleh itu, kelulusan yang tinggi dan keputusan cemerlang tidak boleh lagi dijadikan ukuran untuk mendapatkan pekerjaan yang baik bagi menjamin masa depan. Hakikatnya, kebanyakan graduan terpaksa menerima pekerjaan yang tidak sepadan dengan kelayakan mereka. Isu ketidaksepadanan pekerjaan boleh mencetuskan rasa ketidakpuasan dalam bekerja dan menyekat pekerja daripada menzahirkan potensi sebenar mereka secara optimum. Akibatnya, boleh menjejaskan perkembangan tenaga kerja dan secara tidak langsung mempengaruhi kesan jangka masa panjang kepada pembangunan guna tenaga dan pertumbuhan ekonomi. Penglibatan daripada pelbagai pihak terutama inisiatif kolaborasi antara pembuat dasar, industri dan institusi pendidikan diperlukan dalam menangani isu ketidaksepadanan ini. Justeru itu, kertas ini bertujuan untuk memberikan gambaran mengenai perkaitan ketidaksepadanan dan faktor ketidaksepadanan, pengangguran, faktor pengangguran dan kebolehpasaran graduan turut dibincangkan. |
| URI: | https://repositori.mypolycc.edu.my/jspui/handle/123456789/7281 |
| Muncul dalam Koleksi: | JABATAN PENGAJIAN AM |
| Fail | Penerangan | Saiz | Format | |
|---|---|---|---|---|
| Isu ketidaksepadanan pekerjaan dan pengangguran dalam kalangan graduan (job mismatch and unemployment issues among graduates).pdf | 494 kB | Adobe PDF | Lihat/buka |
Item di DSpace dilindungi oleh hak cipta, dengan semua hak dilindungi, kecuali dinyatakan sebaliknya.