Please use this identifier to cite or link to this item: https://repositori.mypolycc.edu.my/jspui/handle/123456789/7281
Title: ISU KETIDAKSEPADANAN PEKERJAAN DAN PENGANGGURAN DALAM KALANGAN GRADUAN
Other Titles: JOB-MISMATCH AND UNEMPLOYMENT ISSUES AMONG GRADUATES
Authors: Iszan Hana Kaharudin
Mohd Syuhaimi Ab Rahman
Wan Nur Syamimi Wan Zin
Keywords: Ketidaksepadanan
Pengangguran
Tenaga kerja
Pasaran buruh
Mismatch
Unemployment
Workforce
Labor market
Issue Date: 15-Dec-2023
Publisher: Pusat Citra Universiti, Universiti Kebangsaan Malaysia
Series/Report no.: MALIM: Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara;24 (2023): 155-164
Abstract: Pada masa kini, kebanyakan negara berhadapan dengan masalah lepasan siswazah yang gagal menempatkan diri dalam mana-mana sektor pekerjaan walaupun telah berjaya menamatkan pengajian. Senario ini semakin meruncing dan bertambah kompleks apabila ramai dalam kalangan lepasan siswazah terlalu memilih pekerjaan tertentu semata-mata ingin memenuhi kelayakan dalam jurusan atau bidang yang dipilih. Peluang pekerjaan yang disediakan kepada lepasan siswazah adalah terbatas berbanding bilangan graduan yang dihasilkan oleh Institut Pengajian Tinggi. Keadaan ini sudah tentunya akan mewujudkan persaingan untuk mendapatkan pekerjaan. Oleh itu, kelulusan yang tinggi dan keputusan cemerlang tidak boleh lagi dijadikan ukuran untuk mendapatkan pekerjaan yang baik bagi menjamin masa depan. Hakikatnya, kebanyakan graduan terpaksa menerima pekerjaan yang tidak sepadan dengan kelayakan mereka. Isu ketidaksepadanan pekerjaan boleh mencetuskan rasa ketidakpuasan dalam bekerja dan menyekat pekerja daripada menzahirkan potensi sebenar mereka secara optimum. Akibatnya, boleh menjejaskan perkembangan tenaga kerja dan secara tidak langsung mempengaruhi kesan jangka masa panjang kepada pembangunan guna tenaga dan pertumbuhan ekonomi. Penglibatan daripada pelbagai pihak terutama inisiatif kolaborasi antara pembuat dasar, industri dan institusi pendidikan diperlukan dalam menangani isu ketidaksepadanan ini. Justeru itu, kertas ini bertujuan untuk memberikan gambaran mengenai perkaitan ketidaksepadanan dan faktor ketidaksepadanan, pengangguran, faktor pengangguran dan kebolehpasaran graduan turut dibincangkan.
URI: https://repositori.mypolycc.edu.my/jspui/handle/123456789/7281
Appears in Collections:JABATAN PENGAJIAN AM



Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.