Sila gunakan pengecam ini untuk memetik atau memaut ke item ini: https://repositori.mypolycc.edu.my/jspui/handle/123456789/5177
Tajuk: PENGENALAN KEPADA PENYELENGGARAAN BANGUNAN
Pengarang: MAZLINA A.G.
MUNIRAH A.R.
YUHANI J.
Kata kunci: Buildings
Maintenance
Repair and reconstruction
Tarikh diterbit: 2022
Penerbit: Politeknik Melaka
Abstrak: Pengenalan Kepada Penyelenggaraan Bangunan adalah sebuah buku yang dihasilkan untuk berkongsi ilmu pengetahuan berkenaan penyelenggaraan bangunan kepada mereka yang baru ingin mengenali atau mendalami ilmu penyelenggaraan bangunan. Pengetahuan berkenaan penyelenggaraan bangunan adalah penting untuk memastikan sepraktik yang boleh keberkesanan fungsi sesuatu bangunan. Ianya adalah penting untuk difahami supaya secara tidak langsung nilai sesuatu bangunan dapat dikekalkan disamping memastikannya dapat berfungsi sebaik mungkin apabila ilmu penyelenggaraan diamalkan sepenuhnya. Buku ini bermula dengan pengenalan yang mengandungi definisi penyelenggaraan diikuti jenis-jenis penyelenggaraan dan perancangan penyelenggaraan serta kerja-kerja penyelenggaraan bangunan. Penerangan menggunakan bahasa yang mudah difahami dan juga disertakan dengan gambar agar pembaca dapat memahami dengan mudah apa yang dimaksudkan oleh penulis. Pembaca juga boleh mengukur tahap pemahaman berkenaan topik yang dibincangkan melalui ruangan uji minda yang disediakan berserta dengan jawapan. Menjadi harapan kepada penulis supaya buku ini dapat memberi manfaat kepada pembaca terutamanya pelajar yang mempelajari ilmu penyelenggaraan bangunan dan juga kepada individuindividu yang ingin mendalami ilmu penyelenggaraan bangunan.
URI: https://repositori.mypolycc.edu.my/jspui/handle/123456789/5177
ISBN: 9789670838823
Muncul dalam Koleksi:2022

Fail Penerangan SaizFormat 
Pengenalan kepada penyelenggaran.pdf266.15 MBAdobe PDFGambar kecil
Lihat/buka


Item di DSpace dilindungi oleh hak cipta, dengan semua hak dilindungi, kecuali dinyatakan sebaliknya.