
Sila gunakan pengecam ini untuk memetik atau memaut ke item ini:
https://repositori.mypolycc.edu.my/jspui/handle/123456789/11061| Tajuk: | Modul Penyelenggaraan dan Pembaikan Motor Elektrik Tiga Fasa |
| Pengarang: | Masria, Ahmad Sayuti |
| Kata kunci: | Penyelenggaraan Motor Elektrik 3 fasa Elektrik |
| Tarikh diterbit: | 2024 |
| Penerbit: | Kolej Komuniti Segamat |
| petikan: | Masria Ahmad Sayuti, & Normah Auyob. (2024). Modul penyelenggaraan dan pembaikan motor elektrik tiga fasa. Kolej Komuniti Segamat. |
| Abstrak: | Pemeriksaan dan penyelenggaraan ke atas penyambungan dan komponen-komponen motor elektrik tiga fasa adalah bertujuan untuk memastikan motor elektrik tersebut dapat berfungsi dengan baik. Selain daripada itu, ianya juga dapat memastikan motor elektrik tersebut selamat digunakan. Motor elektrik digunakan secara meluas di dalam industri. Keadaan ia beroperasi adakalanya boleh menjadikan motor elektrik dalam situasi kegagalan yang berbeza-beza. Motor elektrik harus dihentikan apabila kegagalan berlaku untuk mengelakkan kegagalan proses yang lengkap dan untuk keselamatan pekerja. keberkesanan dalam pengesanan kegagalan pada peringkat awal dapat mengurangkan masa tutup (shutdown) yang tidak teratur. Ia meningkatkan produktiviti, meningkatkan kualiti dan memberikan rasa keselamatan dan kebolehpercayaan kepada pekerja. |
| Penerangan: | Modul Penyelenggaraan Dan Pembaikan Motor Elektrik Tiga Fasa telah ditulis oleh penulis untuk digunakan sebagai sumber rujukan bagi pelajar Sijil Teknologi Elektrik Kolej Komuniti Malaysia. Penulisan nota ini adalah selari dengan kehendak silibus Sijil Teknologi Elektrik Kolej Komuniti. Nota ini mengandungi 4 bab meliputi penyelenggaraan dan pembaikan motor elektrik tiga fasa. Setiap bab ditulis disertai penerangan yang lengkap bagi membantu pelajar untuk memahami, turut disertakan gambarajah bersesuaian untuk menarik minat pembaca. Penulis berharap nota ini dapat digunakan sepenuhnya sebagai rujukan kepada pelajar Sijil Teknologi Elektrik Kolej Komuniti. |
| URI: | https://repositori.mypolycc.edu.my/jspui/handle/123456789/11061 |
| ISSN: | e9789672087182 |
| Muncul dalam Koleksi: | BUKU RUJUKAN SIJIL TEKNOLOGI ELEKTRIK (SKE) MODUL PENYELENGGARAAN DAN PEMBAIKAN MOTOR ELEKTRIK TIGA FASA |
| Fail | Penerangan | Saiz | Format | |
|---|---|---|---|---|
| MODUL_PENYELENGGARAAN_DAN_PEMBAIKAN_MOTOR_ELEKTRIK_TIGA_FASA_.pdf | 1.11 MB | Adobe PDF | Lihat/buka |
Item di DSpace dilindungi oleh hak cipta, dengan semua hak dilindungi, kecuali dinyatakan sebaliknya.