Please use this identifier to cite or link to this item: https://repositori.mypolycc.edu.my/jspui/handle/123456789/11061
Title: Modul Penyelenggaraan dan Pembaikan Motor Elektrik Tiga Fasa
Authors: Masria, Ahmad Sayuti
Keywords: Penyelenggaraan
Motor Elektrik
3 fasa
Elektrik
Issue Date: 2024
Publisher: Kolej Komuniti Segamat
Citation: Masria Ahmad Sayuti, & Normah Auyob. (2024). Modul penyelenggaraan dan pembaikan motor elektrik tiga fasa. Kolej Komuniti Segamat.
Abstract: Pemeriksaan dan penyelenggaraan ke atas penyambungan dan komponen-komponen motor elektrik tiga fasa adalah bertujuan untuk memastikan motor elektrik tersebut dapat berfungsi dengan baik. Selain daripada itu, ianya juga dapat memastikan motor elektrik tersebut selamat digunakan. Motor elektrik digunakan secara meluas di dalam industri. Keadaan ia beroperasi adakalanya boleh menjadikan motor elektrik dalam situasi kegagalan yang berbeza-beza. Motor elektrik harus dihentikan apabila kegagalan berlaku untuk mengelakkan kegagalan proses yang lengkap dan untuk keselamatan pekerja. keberkesanan dalam pengesanan kegagalan pada peringkat awal dapat mengurangkan masa tutup (shutdown) yang tidak teratur. Ia meningkatkan produktiviti, meningkatkan kualiti dan memberikan rasa keselamatan dan kebolehpercayaan kepada pekerja.
Description: Modul Penyelenggaraan Dan Pembaikan Motor Elektrik Tiga Fasa telah ditulis oleh penulis untuk digunakan sebagai sumber rujukan bagi pelajar Sijil Teknologi Elektrik Kolej Komuniti Malaysia. Penulisan nota ini adalah selari dengan kehendak silibus Sijil Teknologi Elektrik Kolej Komuniti. Nota ini mengandungi 4 bab meliputi penyelenggaraan dan pembaikan motor elektrik tiga fasa. Setiap bab ditulis disertai penerangan yang lengkap bagi membantu pelajar untuk memahami, turut disertakan gambarajah bersesuaian untuk menarik minat pembaca. Penulis berharap nota ini dapat digunakan sepenuhnya sebagai rujukan kepada pelajar Sijil Teknologi Elektrik Kolej Komuniti.
URI: https://repositori.mypolycc.edu.my/jspui/handle/123456789/11061
ISSN: e9789672087182
Appears in Collections:BUKU RUJUKAN SIJIL TEKNOLOGI ELEKTRIK (SKE)
MODUL PENYELENGGARAAN DAN PEMBAIKAN MOTOR ELEKTRIK TIGA FASA

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
MODUL_PENYELENGGARAAN_DAN_PEMBAIKAN_MOTOR_ELEKTRIK_TIGA_FASA_.pdf1.11 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.