Please use this identifier to cite or link to this item:
https://repositori.mypolycc.edu.my/jspui/handle/123456789/6614
Title: | Kajian Impak Kualiti Keberkesanan Kemudahan Pembelajaran Dikalangan Pensyarah Politeknik METrO Betong Sarawak |
Authors: | Siti Syuhaila Binti Zahari Mohd Zainudin Bin Jenal |
Keywords: | pembelajaran impak |
Issue Date: | 30-Aug-2021 |
Abstract: | Kajian ini dijalankan bagi mengkaji impak kualiti keberkesanan kemudahan pembelajaran di kalangan pensyarah Politeknik METrO Betong Sarawak (PMBS). Kualiti pembelajaran menjadi isu hangat apabila berlakunya pandemik Covid-19. Dalam kajian ini, penyelidik mengkaji kualiti kemudahan pembelajaran kepada pensyarah yang disediakan oleh PMBS dalam proses pengajaran. Kajian ini memfokuskan kepada 3 aspek utama iaitu kualiti kemudahan pembelajaran, kesediaan ruang pembelajaran dan kesediaan peralatan pembelajaran di Politeknik METrO Betong Sarawak. Kajian ini berfungsi sebagai alat pengukuran dimensi pembolehubah pembelajaran dan pengajaran. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif. Kajian sampel meliputi 30 orang responden pensyarah yang bertugas sebagai pensyarah di Politeknik METrO Betong Sarawak (PMBS). Data kajian telah dianalisis menggunakan perisian statistik data Statistical Package For Social Sciences SPSS V 23. Kajian yang jalankan di Politeknik Metro Betong Sarawak adalah berbentuk deskriptif dengan mengunakan borang soal selidik yang diedarkan menerusi perisian aplikasi Google Forms untuk mencapai objektif yang disasarkan. Hasil dapatan kajian yang dilaksanakan mendapati impak keberkesanan kemudahan pembelajaran dikalangan pensyarah PMBS menunjukkan kesan yang positif dengan nilai min kajian 4.0 dan keatas. Secara keseluruhannya dapatan ini akan dapat membantu institusi untuk mengukur tahap kemudahan Pembelajaran dan Pengajaran (PdP) sediada untuk pembelajaran berimpak tinggi Alaf 21 selain menjadi rujukan kepada penyelidik lain menjalankan kajian berkaitan kemudahan pengajaran. Hasil dapatan kajian ini, boleh memberi gambaran yang lebih jelas dan baik bagi membantu institusi bagi meningkatkan mutu kemudahan pembelajaran yang ditawarkan kepada pelajar |
Description: | Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) berkembang dengan pesat selaras dengan alaf pembelajaran abad 21. Hala tuju institusi Pengajian tinggi (IPT) didorong oleh ransangan ekonomi bagi menghasilkan warga IPT yang berkualiti dan berdaya saing di era globalisasi ini. Aspek persekitaran kampus yang terdiri pelbagai faktor pendorong mempengaruhi ke arah pencapaian matlamat tersebut. Persekitaran pembelajaran yang sihat dapat mewujudkan suasana pengajaran yang baik. IPT yang dapat menyediakan kemudahan pembelajaran yang baik dapat melancarkan proses pengajaran bagi pensyarah. Kualiti kemudahan pembelajaran di PMBS dapat diga |
URI: | https://repositori.mypolycc.edu.my/jspui/handle/123456789/6614 |
Appears in Collections: | Koleksi Terbitan Ilmiah PMBS |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Kajian Impak Kualiti Keberkesanan Kemudahan Pembelajaran di kalangan Pensyarah PMBS .pdf | 172.39 kB | Adobe PDF | ![]() View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.