Please use this identifier to cite or link to this item: https://repositori.mypolycc.edu.my/jspui/handle/123456789/3111
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.authorFaizah Sahbudin-
dc.date.accessioned2025-06-20T07:54:09Z-
dc.date.available2025-06-20T07:54:09Z-
dc.date.issued2011-
dc.identifier.urihttps://repositori.mypolycc.edu.my/jspui/handle/123456789/3111-
dc.description.abstractSebagai menunaikan tanggungjawab, Kerajaan Negeri Kedah telah dan sedang melaksanakan program pembangunan yang meliputi pelaksanaan pembangunan dalam pelbagai sektor seperti pembangunan infrastruktur dan kemudahan awam, kerohanian, pendidikan dan pembangunan sosial. Kesemuanya ini adalah untuk menepati kehendak bagi menyediakan kemudahan kepada rakyat dan menyediakan kemudahan asas untuk pembangunan dalam sektor pengeluaran samada dalam bidang pertanian mahupun juga dalam bidang perindustrian. Tindakan sedemikian adalah dijuruskan untuk mencapai matlamat bagi membawa peningkatan kualiti hidup rakyat yang seterusnya akan mencetuskan kesejahteraan ekoran daripada kemalanuran yang dinikmati bersama. Bagi melengkapkan usaha tersebut Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman telah melaksanakan skim Amanah Saham Kedah yang bertujuan untuk memberi peluang kepada anak negeri khususnya kaum bumiputera menikmati bersama kekayaan negeri dan negara. Usaha ini sememangnya bukanlah satu usaha yang bersendiri kerana beberapa negeri Iain telahpun melaksanakannya dan pengalaman mereka telah menjelaskan keupayaan untuk menepati matlamat seperti yang diharapkan. Amanah Saham Kedah adalah satu skim yang disokong oleh Kerajaan Negeri Kedah Darul Arnan yang berdasarkan kepada konsep saham amanah berlandaskan syariah, yang melibatkan penabungan dan pengumpulan modal daripada pemodal-pemodal kecil. Pelaburan akan dilakukan dalam sektor yang mampu mendatangkan pulangan yang maksimum. Kepesatan pembangunan ekonomi negara menjamin potensi yang cerah dalam industri sekuriti. Keadaan ini akan dapat memastikan pulangan pelaburan yang meransangkan selain membuka peluang kepada rakyat untuk turut serta dalam sektor korporat dan bersama mencapai kemajuan negara. Ini didokong pula oleh pengurusan yang profesional dan komited selain pengawasan pelaburan oleh pihak berwajib untuk mempastikan pelaburan dapat dipertahankan pada tahap yang paling optimum. Skim Amanah Saham Kedah yang dilancarkan hari ini adalah satu lagi simbol kegigihan dan komitmen yang tinggi daripada kerajaan negeri untuk memperjuangkan dan mempertingkatkan tahap sosio ekonomi rakyat negeri ini, Sesuai dengan motifnya Asas Sumber Kesejahteraan, skim yang berlandaskan syariah ini menepati matlamat kerajaan untuk mengagihkan kemakmuran negara secara saksamams_IN
dc.language.isootherms_IN
dc.relation.ispartofseries;2183-
dc.subjectLatihan Sangkutanms_IN
dc.subjectAmanah Saham Kedah Berhadms_IN
dc.titleLaporan Program Latihan Sangkutan ke Industri Pensyarah-Pensyarah Politeknik Di Amanah Saham Kedah Berhad (ASKB)ms_IN
dc.typeOtherms_IN
Appears in Collections:Laporan Projek Pelajar



Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.