Sila gunakan pengecam ini untuk memetik atau memaut ke item ini: https://repositori.mypolycc.edu.my/jspui/handle/123456789/3111
Tajuk: Laporan Program Latihan Sangkutan ke Industri Pensyarah-Pensyarah Politeknik Di Amanah Saham Kedah Berhad (ASKB)
Pengarang: Faizah Sahbudin
Kata kunci: Latihan Sangkutan
Amanah Saham Kedah Berhad
Tarikh diterbit: 2011
Siri / Laporan No.: ;2183
Abstrak: Sebagai menunaikan tanggungjawab, Kerajaan Negeri Kedah telah dan sedang melaksanakan program pembangunan yang meliputi pelaksanaan pembangunan dalam pelbagai sektor seperti pembangunan infrastruktur dan kemudahan awam, kerohanian, pendidikan dan pembangunan sosial. Kesemuanya ini adalah untuk menepati kehendak bagi menyediakan kemudahan kepada rakyat dan menyediakan kemudahan asas untuk pembangunan dalam sektor pengeluaran samada dalam bidang pertanian mahupun juga dalam bidang perindustrian. Tindakan sedemikian adalah dijuruskan untuk mencapai matlamat bagi membawa peningkatan kualiti hidup rakyat yang seterusnya akan mencetuskan kesejahteraan ekoran daripada kemalanuran yang dinikmati bersama. Bagi melengkapkan usaha tersebut Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman telah melaksanakan skim Amanah Saham Kedah yang bertujuan untuk memberi peluang kepada anak negeri khususnya kaum bumiputera menikmati bersama kekayaan negeri dan negara. Usaha ini sememangnya bukanlah satu usaha yang bersendiri kerana beberapa negeri Iain telahpun melaksanakannya dan pengalaman mereka telah menjelaskan keupayaan untuk menepati matlamat seperti yang diharapkan. Amanah Saham Kedah adalah satu skim yang disokong oleh Kerajaan Negeri Kedah Darul Arnan yang berdasarkan kepada konsep saham amanah berlandaskan syariah, yang melibatkan penabungan dan pengumpulan modal daripada pemodal-pemodal kecil. Pelaburan akan dilakukan dalam sektor yang mampu mendatangkan pulangan yang maksimum. Kepesatan pembangunan ekonomi negara menjamin potensi yang cerah dalam industri sekuriti. Keadaan ini akan dapat memastikan pulangan pelaburan yang meransangkan selain membuka peluang kepada rakyat untuk turut serta dalam sektor korporat dan bersama mencapai kemajuan negara. Ini didokong pula oleh pengurusan yang profesional dan komited selain pengawasan pelaburan oleh pihak berwajib untuk mempastikan pelaburan dapat dipertahankan pada tahap yang paling optimum. Skim Amanah Saham Kedah yang dilancarkan hari ini adalah satu lagi simbol kegigihan dan komitmen yang tinggi daripada kerajaan negeri untuk memperjuangkan dan mempertingkatkan tahap sosio ekonomi rakyat negeri ini, Sesuai dengan motifnya Asas Sumber Kesejahteraan, skim yang berlandaskan syariah ini menepati matlamat kerajaan untuk mengagihkan kemakmuran negara secara saksama
URI: https://repositori.mypolycc.edu.my/jspui/handle/123456789/3111
Muncul dalam Koleksi:Laporan Projek Pelajar



Item di DSpace dilindungi oleh hak cipta, dengan semua hak dilindungi, kecuali dinyatakan sebaliknya.