Please use this identifier to cite or link to this item: https://repositori.mypolycc.edu.my/jspui/handle/123456789/3019
Title: Faktor-Faktor Sambutan Penggunaan Bas Tambang Di Kulim, Kedah
Authors: Nur Hazwani Mat Ya'akob
Fhatin Amiza Tamrin
Muhammad Afif Rahimi
Nur Mohd Azizie Mohamed Nasib
Nalini Sathasivam
Keywords: Faktor Penggunaan
Sambutan Pengguna
Bas Tambang
Issue Date: 2016
Series/Report no.: ;1497
Abstract: Kebelakangan ini, di dada akhbar sering dilaporkan tentang kemalangan bas yang melibatkan ramai penumpang. Kemalangan ini berlaku sehingga meragutkan nyawa penumpang. Akibat daripada kejadian ini, kebanyakkan pengguna tidak yakin untuk menggunakan perkhidmatan bas. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti sama ada faktor penawaran harga, infrastruktur dan keselamatan dapat mempengaruhi sambutan penggua bas tambang di Kulim, Kedah. Kajian ini terhad kepada responden yang menggunakan perkhidmatan bas tambang di kawasan Kulim, Kedah sahaja. Populasi kajian adalah responden yang menggunakan perkhidmatan bas tambang. Seramai seratus orang responden telah dipilih sebagai sample untuk kajian ini. Sampel dipilih dengan menggunakan kaedah persampelan secara rawak (convenience). Kajian ini berbentuk tinjauan iaitu pengkaji mendapat data dengan menggunakan borang soal selidik dan mengedarkan kepada responden. Data utama bagi kajian ini diperolehi melalui borang soal selidik yang telah dijawab oleh responden. Terdapat tiga puluh lima soalan yang dibina yang mewakili bahagian A iaitu soalan mengenai latar belakang responden dan bahagian B yang menyatakan soalan mengenai faktor penawaran harga, infrastruktur dan keselamatan. Data-data tersebut dianalisa menggunakan kaedah statistik, diskritif, min dan frekuensi. Program Stastical Package Of The Sosial Science (SPSS) digunakan bagi membantu penganalisan tersebut. Hasil dapatan menunjukkan faktor penawaran harga adalah faktor yang paling mempengaruhi sambutan penggunaan bas tambang di Kulim,Kedah. Oleh itu, harga memainkan peranan penting dalam perkhidmatan bas tambang kerana bas tambang yang murah memastikan pengguna bas tambang menaiki pengangkutan ini dan pengguna akan lebih selesa dan yakin untuk menggunakan perkhidmatan bas tambang.
URI: https://repositori.mypolycc.edu.my/jspui/handle/123456789/3019
Appears in Collections:Laporan Projek Pelajar

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
1497.pdf2.76 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.