Please use this identifier to cite or link to this item: https://repositori.mypolycc.edu.my/jspui/handle/123456789/11029
Title: MESIN PENGUPAS KULIT KELAPA MUDA
Authors: MUHAMMAD AIDIL MD. HARUDIN
CHEW CHIA HOONG
NUR'DINI NAJIHA ABDUL RAZAK
NUR ADILAH ABDUL HALID
Keywords: MESIN PENGUPAS KULIT KELAPA MUDA
PROJEK INOVASI
Issue Date: 2019
Publisher: PSP
Series/Report no.: ;1953
Abstract: Pokok kelapa merupakan antara salah satu tanaman yang penting untuk ekonomi negara Pokok kelapa juga mempunyai pelbagai guna dimana ia digelar Tree of Life' Ini keran hampir kesemua bahagian dari pokok kelapa boleh digunakan dan dimanfaatkan sepert bahagian batang, daun, buah, sabut, dan airnya [11. Buah kelapa muda merupakan bahagian yang sering digunakan oleh industri kecil pada masa sekarang. Kulit buah kelapa ini akan dikupas terlebih dahulu menggunakan parang sebelum dipasarkan, Antara kekurangan kaedah ini ialah kadar pengeluaran yang rendah di samping limitasi lain seperti faktor keselamatan pengguna dan kebersihan. Mesin Pengupas Kulit Kelapa Muda adalah satu projek inovasi yang bertujuan untuk membantu peniaga kecil-kecilan mengupas kulit kelapa muda dengan lebih cepat. Proses fabrikasi mesin ini telah dijalankan di Bengkel Seroja Mewah, Perlis. Bahan utama yang digunakan untuk membangunkan mesin ini ialah besi bar sudut dan dilengkapi dengan pengupas boleh laras,dan roda untuk tujuan mobiliti. Pengujian operasi yang dilakukan membuktikan Mesin Pengupas Kulit Kelapa Muda ini mampu mengupas hampir kesemua bahagian buah kelapa muda dalam tempoh seminit berbanding kaedah mengupas menggunakan tenaga manusia.Ini membuktikan bahawa Mesin Pengupas Kulit Kelapa Muda ini mampu menjimatkan masa operasi serta meningkatkan produktiviti berbanding kaedah mengupas menggunakan parang dengan bantuan tenaga manusia.
URI: https://repositori.mypolycc.edu.my/jspui/handle/123456789/11029
Appears in Collections:Laporan Projek Pelajar

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
1953.pdfMESIN PENGUPAS KULIT KELAPA MUDA3.25 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.