Please use this identifier to cite or link to this item: https://repositori.mypolycc.edu.my/jspui/handle/123456789/10444
Title: PENYELIDIKAN RETORIK DAKWAH DI MALAYSIA: SOROTAN LITERATUR BERSISTEMATIK (SLR)
Other Titles: RESEARCH ON RHETORIC DA'WAH IN MALAYSIA: SYSTEMATIC LITERATURE REVIEW (SLR)
Authors: Muhammad Hariri Ali Imran
Nasihah Hashim
Maizatul Azura Yahya
Keywords: Retorik
Dakwah
Islam
Komunikasi berkesan
Meta analisis
Issue Date: May-2026
Publisher: UIS PRESS
Series/Report no.: Jurnal Pengajian Islam;Bilangan 119, Isu I
Abstract: Keterampilan berucap merupakan elemen penting dalam memastikan keberkesanan komunikasi dakwah kepada masyarakat. Penyampaian dakwah yang berkesan bukan sahaja bergantung kepada penguasaan ilmu agama, malah turut dipengaruhi oleh keupayaan pendakwah menggunakan strategi bahasa dan retorik secara terancang bagi mempengaruhi pemikiran, emosi dan tindakan khalayak. Seiring dengan perkembangan media digital dan perubahan landskap komunikasi semasa, kajian berkaitan retorik dakwah semakin berkembang dalam pelbagai konteks penyelidikan. Walau bagaimanapun, penelitian terhadap trend dan perkembangan kajian retorik dakwah di Malaysia masih bersifat terpisah serta belum dihimpunkan secara sistematik. Justeru, kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti dan mensintesis trend penyelidikan retorik dakwah di Malaysia berdasarkan aspek metodologi, sumber data, teori dan dapatan utama kajian lepas. Kajian ini menggunakan pendekatan Sorotan Literatur Bersistematik (Systematic Literature Review, SLR) berpandukan protokol Preferred Reporting Items for Systematic Reviews and Meta-Analyses (PRISMA). Pencarian data dijalankan menerusi pangkalan data Scopus dan Google Scholar menggunakan kata kunci seperti retorik, rhetoric, dakwah, ceramah agama, khutbah, al-Quran, hadis, preaching, religious talk, sermon, hadith dan Malaysia. Sebanyak 13 kajian terpilih yang diterbitkan dalam bentuk artikel jurnal, prosiding, tesis dan bab buku antara tahun 2018 hingga 2025 telah dianalisis secara sistematik. Hasil kajian mendapati bahawa penyelidikan retorik dakwah di Malaysia masih didominasi oleh pendekatan kualitatif yang bersifat deskriptif dan tekstual. Dari segi sumber data, ceramah agama khususnya menerusi platform Youtube menjadi sumber utama yang paling banyak digunakan dalam kajian lepas. Selain itu, Teori Retorik Moden oleh Enos dan Brown (1993) merupakan kerangka teori yang paling dominan diaplikasikan oleh pengkaji terdahulu. Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan bahawa retorik memainkan peranan penting sebagai medium pemujukan dalam dakwah bagi mempengaruhi pemikiran, emosi dan tindakan khalayak selaras dengan tuntutan syariat Islam.
URI: https://repositori.mypolycc.edu.my/jspui/handle/123456789/10444
ISSN: 1823 7126
0127-8002
Appears in Collections:JABATAN PENGAJIAN AM

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
PENYELIDIKAN RETORIK DAKWAH DI MALAYSIA SOROTAN LITERATUR BERSISTEMATIK (SLR).pdf423.84 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.