Sila gunakan pengecam ini untuk memetik atau memaut ke item ini: https://repositori.mypolycc.edu.my/jspui/handle/123456789/9842
Tajuk: Kajian Tentang Sambutan Penduduk Bandar Baru Perda Terhadap Perlindungan Takaful
Pengarang: Nurul Fatimah Khairi, Aiman Izzudin Jefree
Muhammad Sazuan Mat Ridzuan, Lukmanul Hakim Norazam
Mohammad Luqman Haniff Othman, Yusrizal Md Yusoff
Kata kunci: Takaful
Kesedaran Masyarakat
Sambutan Terhadap Takaful
Bandar Baru Perda
Tarikh diterbit: 2016
Siri / Laporan No.: ;1517
Abstrak: Takaful adalah satu perkataan yang berasal dari arab ‘Al-Kafala’ (jamin) iaitu bermaksud ‘saling menjamin’ dan dari segi tafsiran Syara’ ia adalah pakatan satu kumpulan untuk saling jamin menjamin dan membantu antara satu sama lain ketika peserta kumpulan tersebut ditimpa sesuatu musibah. Takaful juga berasaskan prinsip-prinsip berkongsi tanggungjawab, bekerjasama dan saling membantu untuk menjaga kepentingan bersama. Setiap peserta menyumbang berasaskan tabbaru’ (derma) kepada dana yang akan digunakan untuk membantu satu sama lain pada masa yang diperlukan. “ Kajian Tentang Sambutan Penduduk Bandar Perda Terhadap Perlindungan Takaful” dijalankan untuk mengkaji tentang sambutan Takaful di kawasan tersebut dan meningkatkan kesedaran akan pentingnya Takaful dan pengurusan risiko dalam kehidupan. Kajian ini telah melibatkan seramai 100 orang responden dari golongan penduduk di kawasan Bandar Baru Perda bagi menjawab soalan kaji selidik untuk memenuhi objektif kajian dan telah dianalisa menggunakan perisian ‘statistical package for the science version 22.0 (SSPA)” bagi memperolehi keputusan kajian. Kepentingan kajian ini akan memberi banyak manfaat kepada pelbagai lapisan masyarakat. Hasil daripada kajian ini, dapat dinyatakan bahawa penduduk Bandar Baru Perda mempunyai kesedaran yang tinggi akan pentingnya perlindungan takaful dan mereka tahu akan daya tarikan takaful kepada mereka kerana kedua objektif tersebut mempunyai purata nilai min yang tinggi diikuti dengan purata nilai min yang terendah di antara tiga objektif yang dikemukakan tetapi masih berada dalam paras skor min yang tinggi ini menunjukkan masih ada kekurangan dalm kefahaman asas mengenai takaful dalam kalangan penduduk Bandar Baru Perda.
URI: https://repositori.mypolycc.edu.my/jspui/handle/123456789/9842
Muncul dalam Koleksi:Laporan Projek Pelajar

Fail Penerangan SaizFormat 
1517.pdf3.96 MBAdobe PDFGambar kecil
Lihat/buka


Item di DSpace dilindungi oleh hak cipta, dengan semua hak dilindungi, kecuali dinyatakan sebaliknya.