
Sila gunakan pengecam ini untuk memetik atau memaut ke item ini:
https://repositori.mypolycc.edu.my/jspui/handle/123456789/9830| Tajuk: | Mengkaji Faktor-Faktor Pelanggan Membeli Barangan Basah Di Pasaraya Besar MYDIN |
| Pengarang: | Muhammad Iskandar Robiaai, Nurain Syazana Mohamed Nordin Nur Dalilah Mustaza, Nur Alina Abdul Halim Halimatul Shahidah Mohd Mustapha Albakri, Aiswarya Santheran |
| Kata kunci: | Pasaraya Mydin Barangan Basah Faktor Pembelian Pelanggan Harga Kemudahan Perkhidmatan Lokasi Metodologi Kuantitatif Borang Soal Selidik SPSS Seberang Perai Tengah Pulau Pinang |
| Tarikh diterbit: | 2016 |
| Siri / Laporan No.: | ;1514 |
| Abstrak: | Kajian terhadap faktor-faktor pelanggan membeli barangan basah di Pasaraya Besar Mydin terbahagi kepada tiga faktor utama iaitu faktor harga, faktor kemudahan perkhidmatan dan faktor lokasi. Seramai 100 orang pelanggan barangan basah akan dijadikan responden supaya objektif kajian ini dapat dicapai. Kajian ini mengggunakan bahan metodologi dari sumber primer dan sumber sekunder. Bagi memenuhi objektif kajian, borang soal selidik akan diedarkan kepada responden untuk memperolehi maklumat kajian yang sedang dilakukan, borang soal selidik yang akan diedarkan mempunyai dua bahagian yang perlu dijawab oleh responden iaitu bahagian A, bahagian B, bahagian C dan bahagian D. Pada bahagian A terdapat soalan yang berbentuk aneka pilihan dan lebih kepada latar belakang responden manakala pada bahagian B, bahagian C dan bahagian D pula mengandungi persoalan tentang tiga faktor yang berkaitan dengan harga di Pasaraya Besar Mydin, faktor kemudahan perkhidmatan yang disediakan di Pasaraya Besar Mydin dan lokasi Pasaraya BesarMydin. Hasil dapatan kajian akan diproses menggunakan perisian Statistical Package For Social Science (SPSS) 19.0 dan akan dipaparkan dalam bentuk peratusan dan jadual. Diharapkan dengan kajian ini dapat memberikan maklumat dan manfaat kepada yang berkenaan terutamanya kepada pelanggan barangan basah di Pasaraya Mydin Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang. |
| URI: | https://repositori.mypolycc.edu.my/jspui/handle/123456789/9830 |
| Muncul dalam Koleksi: | Laporan Projek Pelajar |
| Fail | Penerangan | Saiz | Format | |
|---|---|---|---|---|
| 1514.pdf | 2.64 MB | Adobe PDF | ![]() Lihat/buka |
Item di DSpace dilindungi oleh hak cipta, dengan semua hak dilindungi, kecuali dinyatakan sebaliknya.
