Sila gunakan pengecam ini untuk memetik atau memaut ke item ini: https://repositori.mypolycc.edu.my/jspui/handle/123456789/9476
Tajuk: PENEROKAAN KEMAHIRAN, MOTIVASI, DAN CABARAN DALAM KESUKARELAWANAN: SATU KAJIAN KUALITATIF DALAM KALANGAN PELAJAR UNIVERSITI
EXPLORING SKILLS, MOTIVATION, AND CHALLENGES IN VOLUNTEERISM: A QUALITATIVE STUDY AMONG UNIVERSITY STUDENTS
Pengarang: Nurul Hidayah Jamaludin
Rozita Ibrahim
Zurina Mahadi
Wardah Mustafa Din
Nurul Hanis Aminuddin Jafry
Kata kunci: Kesukarelawanan
Kemahiran insaniah
Motivasi
Pendidikan tinggi
Temubual kumpulan fokus
Focus group discussion
Higher education
Motivation
Soft skills
Volunteerism
Tarikh diterbit: 2025
Penerbit: Pusat Citra Universiti, Universiti Kebangsaan Malaysia
Siri / Laporan No.: MALIM: Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara;26 (2025): 107-124
Abstrak: Sukarelawan merupakan satu aktiviti yang dilakukan secara individu atau dalam kumpulan dengan tujuan membantu masyarakat dari sudut masa, tenaga atau kewangan tanpa mengharapkan ganjaran. Kebanyakan universiti di Malaysia menjalankan aktiviti sukarelawan dalam kalangan pelajar melalui program-program yang diadakan dalam universiti sama ada di fakulti atau kolej atau di luar bersama masyarakat. Kajian ini dilaksanakan untuk mengambil pendekatan bahawa penglibatan dalam aktiviti kesukarelawanan merupakan elemen penting dalam pembentukan sahsiah individu dan pembangunan sosial masyarakat. Walau bagaimanapun, masih terdapat jurang dalam pemahaman terhadap kemahiran kritikal yang diperlukan oleh pelajar bagi melaksanakan peranan mereka sebagai sukarelawan. Sehubungan itu, kajian ini meneroka pandangan pelajar universiti di Malaysia mengenai kemahiran yang diperoleh melalui penglibatan dalam aktiviti kesukarelawanan, faktor yang mendorong penyertaan mereka, serta cabaran yang dihadapi dalam mengekalkan penglibatan tersebut. Data dikumpul melalui perbincangan kumpulan fokus (FGD) bersama 32 orang pelajar yang dibahagikan kepada tiga kumpulan kecil (10–12 orang setiap kumpulan). Analisis tema mendapati tiga teras utama: (1) kesukarelawanan membentuk kemahiran komunikasi, kepimpinan, kerja berpasukan, dan empati; (2) motivasi yang mendorong penyertaan termasuk altruism, pengaruh rakan sebaya, dan pembangunan diri atau nilai spiritual; dan (3) cabaran dihadapi adalah kekangan masa, pemikiran kritis dan kurang keyakinan diri. Dapatan ini ditafsir menggunakan Teori Fungsional Kesukarelawanan, Teori Pembelajaran Berasaskan Pengalaman, dan Teori Modal Sosial. Implikasi dari kajian ini menekankan keperluan program kesukarelawanan yang lebih berstruktur dan sokongan institusi bagi memaksimumkan penyertaan dan hasil pembelajaran pelajar.
URI: https://repositori.mypolycc.edu.my/jspui/handle/123456789/9476
Muncul dalam Koleksi:JABATAN PENGAJIAN AM



Item di DSpace dilindungi oleh hak cipta, dengan semua hak dilindungi, kecuali dinyatakan sebaliknya.