Sila gunakan pengecam ini untuk memetik atau memaut ke item ini: https://repositori.mypolycc.edu.my/jspui/handle/123456789/8712
Tajuk: KEGANASAN TERHADAP WANITA
Pengarang: Perpustakaan Seri Kenyalang
Kata kunci: Keganasan terhadap wanita
Tarikh diterbit: 2024
Penerbit: Politeknik Kuching Sarawak
Penerangan: Keganasan terhadap wanita adalah perbuatan penganiayaan terhadap wanita dan kanak-kanak perempuan dalam pelbagai cara. Ianya meliputi semua bangsa, agama, pendapatan, kelas dan budaya. Ianya juga merupakan suatu bentuk penyalahgunaan kuasa yang sering berlaku apabila seorang pasangan cuba untuk mengawal atau mendominasi pasangannya. Perangkaan menunjukkan bahawa keskes keganasan terhadap wanita seperti rogol, gangguan seksual, keganasan rumah tangga, ragut dan lain-lain semakin membimbangkan pada masa ini kerana ianya bukan hanya mengakibatkan kecederaan fizikal dan mental kepada mangsa tetapi juga boleh mengakibatkan kematian. Keganasan terhadap wanita boleh diertikan sebagai apa-apa tindakan keganasan yang berdasarkan gender yang mengakibatkan atau kelihatan boleh mengakibatkan kecedaraan fizikal, seks atau psikologi atau mengakibatkan penderitaan kepada wanita. Tindakan ini juga meliputi ugutan untuk melakukan perkara tersebut, paksaan atau perbuatan menyekat kebebasan, sama ada berlaku dalam kehidupan persendirian atau awam (Cronwell & Burgess, 1996). Tindakan-tindakan keganasan yang lain terhadap wanita juga termasuk pelanggaran hak-hak kemanusiaan wanita terutamanya pembunuhan, perogolan terancang, perhambaan seks dan penghamilan tanpa kerelaan. Tindakan tersebut juga merangkumi keganasan bagi tujuan politik (terrorism), pemandulan dan keguguran tanpa rela, paksaan dalam menggunakan alat-alat atau ubat mencegah kehamilan dan pembunuhan fetus atau kanak-kanak perempuan. Panggilan telefon luncah dan berunsur ugutan juga dicadangkan sebagai dari gangguan terhadap wanita yang boleh membawa kepada penderaan psikologi, terutamanya jika panggilan itu dibuat oleh bekas suami atau kekasih (Bradby, 1998).
URI: https://repositori.mypolycc.edu.my/jspui/handle/123456789/8712
Muncul dalam Koleksi:PAKEJAN MAKLUMAT

Fail Penerangan SaizFormat 
KEGANASAN TERHADAP WANITA.pdf1.59 MBAdobe PDFGambar kecil
Lihat/buka


Item di DSpace dilindungi oleh hak cipta, dengan semua hak dilindungi, kecuali dinyatakan sebaliknya.