Sila gunakan pengecam ini untuk memetik atau memaut ke item ini: https://repositori.mypolycc.edu.my/jspui/handle/123456789/8493
Tajuk: eBUKU Interaktif untuk Pemula Pengukuran Kuantiti Bangunan : Langkah Demi Langkah
Pengarang: Khairul Bariyah, binti Masrakin
Nazra, binti Ismail
Amnah, binti Hamzah
Tarikh diterbit: 2024
Penerbit: Kolej Komuniti Bandar Penawar
Abstrak: eBUKU interaktif Pengukuran Kuantiti Bangunan: Langkah Demi Langkah disediakan sebagai panduan pembelajaran dalam talian yang dilengkapi elemen interaktif khusus untuk pelajar program Sijil Penyelenggaraan Bangunan. Kandungan eBUKU ini dibangunkan berdasarkan subtopik dalam silibus Kontrak dan Anggaran Kos Penyelenggaraan Bangunan yang digunakan di empat buah Kolej Komuniti di Malaysia. Penyampaian kandungan diringkaskan dengan penekanan kepada isi-isi penting serta penggunaan kod warna bagi membantu kefahaman pelajar, khususnya pelajar baharu. eBUKU ini turut memaparkan contoh kerja pengukuran kuantiti penyelenggaraan bangunan menggunakan lukisan pelan sebenar sebagai pendedahan kepada situasi sebenar industri. Penggunaan Bahasa Inggeris dalam contoh kerja selaras dengan amalan industri pembinaan masa kini.
Penerangan: eBUKU interaktif ini menyediakan panduan langkah demi langkah dalam pengukuran kuantiti bangunan dengan pendekatan yang ringkas, visual dan praktikal. Kandungan disusun secara padat dengan penekanan kepada soalan lazim pelajar serta disokong oleh contoh kerja sebenar menggunakan pelan bangunan. Selain sesuai untuk pelajar Sijil Penyelenggaraan Bangunan, eBUKU ini juga boleh dijadikan rujukan oleh pelajar bidang teknologi pembinaan, kejuruteraan awam, perkhidmatan bangunan, senibina, ukur bangunan serta individu yang baru menceburi bidang pengukuran kuantiti.
URI: https://repositori.mypolycc.edu.my/jspui/handle/123456789/8493
ISBN: 9786299923930
Muncul dalam Koleksi:E-book KK Bandar Penawar

Fail Penerangan SaizFormat 
eBOOK Pengukuran Kuantiti (2).pdf14.81 MBAdobe PDFGambar kecil
Lihat/buka


Item di DSpace dilindungi oleh hak cipta, dengan semua hak dilindungi, kecuali dinyatakan sebaliknya.