
Sila gunakan pengecam ini untuk memetik atau memaut ke item ini:
https://repositori.mypolycc.edu.my/jspui/handle/123456789/7657| Tajuk: | BUSINESS MODEL CANVAS - APA YANG ANDA PERLU TAHU? |
| Pengarang: | Mohamad, Mardiana |
| Kata kunci: | BMC Perniagaan Usahawan |
| Tarikh diterbit: | 2020 |
| Penerbit: | Politeknik Kuching Sarawak |
| Abstrak: | Definisi Business model canvas (BMC) ialah sebuah pelan bagi perjalanan operasi perniagaan, mengenalpasti sumber pendapatan, sasaran pelanggan, produk dan kos. BMC ini adalah satu model yang membantu anda untuk memahami sifat perniagaan secara holistik, sistematik, mudah dan jelas. Ini kerana, model ini memberi gambaran setiap elemen yang berkaitan dengan bisnes bermula daripada pelanggan, rakan kongsi, pasaran, jualan, sehinggalah kos pengeluaran. Bahasa mudahnya, BMC membuat kesimpulan secara holistik mengenai bisnes yang hendak dijalankan. BMC sangat popular dan berguna di kalangan startup company dan membantu dalam rangka kerja inovasi pada masa hadapan. Selain itu, BMC adalah alat yang boleh membantu dalam mencapai target ataupun misi dan visi syarikat. BMC juga mudah untuk dikendalikan dengan hanya sehelai hamparan kertas yang dibahagikan kepada beberapa pecahan. Di antara kelebihan BMC adalah seperti: Mengenal pasti masalah yang boleh ditangani oleh produk. Menganalisis pesaing serta kekuatan dan kelemahan mereka, mendapatkan solusi bagi masalah pelanggan, mencari potensi rakan kongsi untuk mengembangkan bisnes, mewujudkan nilai yang unik supaya pelanggan setia dengan produk yang dikeluarka, mendalami latar belakang pelanggan, sebagai medium untuk kajian marketing, mengenalpasti saluran revenue yang terbaik, mengetahui operasi yang dijalankan oleh syarikat dan menganggarkan kos-kos yang dikeluarkan bagi setiap fasa pengeluaran produk Sebagai usahawan, kita hendaklah merancang perniagaan supaya anda fokus dengan perjalanan bisnes tersebut. Untuk membuat perancangan, tidak semestinya anda perlu mengikut terlalu teliti, berformat dan mempunyai helaian muka surat yang banyak. |
| URI: | https://repositori.mypolycc.edu.my/jspui/handle/123456789/7657 |
| Muncul dalam Koleksi: | E-BOOK PKS |
| Fail | Penerangan | Saiz | Format | |
|---|---|---|---|---|
| BUSINESS MODEL CANVASpdf.pdf Akses Terhad | 1.04 MB | Adobe PDF | Lihat/buka Minta salinan |
Item di DSpace dilindungi oleh hak cipta, dengan semua hak dilindungi, kecuali dinyatakan sebaliknya.