Sila gunakan pengecam ini untuk memetik atau memaut ke item ini: https://repositori.mypolycc.edu.my/jspui/handle/123456789/7602
Tajuk: NILAI AGAMA MASYARAKAT BERBILANG KAUM DI MALAYSIA
MPU23042 NILAI MASYARAKAT MALAYSIA
Pengarang: Mohd Taher, Fatin Izati
Jamaluddin, Zahratun Sakinah
Abdul Kadir, Surya Adliza
Kata kunci: Nilai, Agama dan Kebudayaan
Masyarakat Malaysia
Tarikh diterbit: 2023
Penerbit: Politeknik Kuching Sarawak
Abstrak: Nilai Agama Masyarakat Majmuk di Malaysia merupakan suatu topik dalam subjek Nilai Masyarakat Malaysia (MPU23042). Kursus ini merupakan kursus wajib bagi pelajar bukan muslim semester dua di seluruh Politeknik Malaysia. E-book ini membincangkan dua sub topik yang berbeza. Bahagian pertama menjelaskan tentang sistem nilai dalam agama Islam, Hindu, Buddha dan Kristian. Dalam bahagian ini, penulis memberikan gambaran umum tentang prinsip-prinsip nilai yang dipegang oleh agama-agama tersebut dan bagaimana mereka mempengaruhi kehidupan masyarakat. Bahagian kedua membincangkan kepelbagaian adat resam dan budaya kelahiran, perkahwinan serta kematian bagi masyarakat Melayu, Cina dan India di Malaysia. Penulis memberikan contoh tentang adat-istiadat dan tradisi yang diamalkan oleh masyarakat yang berlainan etnik di Malaysia dan bagaimana kepelbagaian ini memperkayakan budaya Malaysia sebagai sebuah negara yang pelbagai budayanya. E-book ini bertujuan untuk memberi pembaca pemahaman yang lebih mendalam tentang nilai-nilai dan budaya di Malaysia yang kaya dan pelbagai. Ebook ini juga disertakan dengan pelbagai maklumat tambahan dan aktiviti pengukuhan yang menarik menggunakan aplikasi web 2.0 bagi membantu para pensyarah dan pelajar meneroka mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan.
URI: https://repositori.mypolycc.edu.my/jspui/handle/123456789/7602
ISBN: e ISBN 978-967-2953-88-3
Muncul dalam Koleksi:E-BOOK PKS

Fail Penerangan SaizFormat 
NILAI AGAMA MASYARAKAT BERBILANG KAUM DI MALAYSIA.pdf
  Akses Terhad
43.02 MBAdobe PDFLihat/buka Minta salinan


Item di DSpace dilindungi oleh hak cipta, dengan semua hak dilindungi, kecuali dinyatakan sebaliknya.