
Sila gunakan pengecam ini untuk memetik atau memaut ke item ini:
https://repositori.mypolycc.edu.my/jspui/handle/123456789/7322| Tajuk: | PROFIL KOMUNITI ORANG ASLI KAMPUNG SUNGAI BUAH UNTUK PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN ‘SULAM’ |
| : | ORANG ASLI SUNGAI BUAH COMMUNITY PROFILE FOR SULAM PLANNING AND IMPLEMENTATION |
| Pengarang: | Rozita Ibrahim Azmah Mohti Nurafiqa Najihah Kamarulzaman Nasruddin Yunos Doris Padmini Selvaratnam |
| Kata kunci: | Pembelajaran berasaskan khidmat SULAM Kurikulum tersedia masa hadapan Keterlibatan universiti-komuniti Profil komuniti Orang Asli Service learning Future-ready curriculum University-community engagement Community profile |
| Tarikh diterbit: | 2023 |
| Penerbit: | Pusat Citra Universiti, Universiti Kebangsaan Malaysia |
| Siri / Laporan No.: | MALIM: Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara;24, 135-154 |
| Abstrak: | Profil komuniti berguna untuk memahami sumber dan keperluan sesebuah komuniti kerana ia menyediakan maklumat asas bagi perancangan program pembangunan dan pembuatan keputusan. Kertas ini membincangkan profil komuniti Orang Asli di Kampung Sungai Buah yang terletak di Dengkil, Selangor. Kaedah yang digunakan adalah pemerhatian di lapangan, soal selidik dan temu bual mendalam bersama dua orang ‘key informants’ dalam kalangan ahli komuniti tersebut. Aspek yang dikaji pula meliputi kemudahan infrastruktur awam, kemudahan asas di rumah kediaman, sumber pendapatan dan bantuan kewangan, kebudayaan dan kesenian, serta status kesihatan umum. Dalam konteks kertas ini, penelitian profil komuniti digunakan sebagai asas pertimbangan pelaksanaan projek dan aktiviti berkaitan pembelajaran berasaskan khidmat atau SULAM bagi pelajar UKM. Hasil kajian profil komuniti Kampung Orang Asli Sungai Buah dipersembahkan dan kemudiannya analisis SWOT dilakukan untuk mengenalpasti kekuatan, kelemahan, peluang dan cabaran dari sudut pelaksanaan SULAM. Di akhir kertas, cadangan praktikal dalam perancangan dan pelaksanaan projek SULAM yang memenuhi keperluan pihak universiti dan komuniti akan dibincangkan. |
| URI: | https://repositori.mypolycc.edu.my/jspui/handle/123456789/7322 |
| Muncul dalam Koleksi: | JABATAN PENGAJIAN AM |
| Fail | Penerangan | Saiz | Format | |
|---|---|---|---|---|
| PROFIL KOMUNITI ORANG ASLI KAMPUNG SUNGAI BUAH UNTUK PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN ‘SULAM’.pdf | 1.19 MB | Adobe PDF | Lihat/buka |
Item di DSpace dilindungi oleh hak cipta, dengan semua hak dilindungi, kecuali dinyatakan sebaliknya.