
Please use this identifier to cite or link to this item:
https://repositori.mypolycc.edu.my/jspui/handle/123456789/7320| Title: | ISLAM DAN SOSIALISME DI ASIA TENGGARA: MENELITI PEMIKIRAN AHLI TEORI POLITIK ISLAM TERAWAL INDONESIA, OEMAR SAID TJOKROAMINOTO (1882-1934) |
| Other Titles: | ISLAM AND SOCIALISM IN SOUTHEAST ASIA: A STUDY OF THE EARLIEST INDONESIAN ISLAMIC POLITICAL THEORIST’S THOUGHT, OEMAR SAID TJOKROAMINOTO (1882-1934) |
| Authors: | Muhamad Hasrul Zakariah |
| Keywords: | Sosialisme Islam Tjokroaminoto Sarekat Islam Falsafah Indonesia Socialism Philosophy |
| Issue Date: | 2023 |
| Publisher: | Pusat Citra Universiti, Universiti Kebangsaan Malaysia |
| Series/Report no.: | MALIM: Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara;24:1-30 |
| Abstract: | Kajian ini menganalisis aspek penting pemikiran H.O.S Tjokroaminoto tentang ideologi Sosialisme berdasarkan interpretasi dan prinsip Islam di Indonesia. Tjokroaminoto yang merupakan seorang pemimpin politik Jawa tersohor telah memperincikan dengan jelas idea-idea beliau dalam karya terkenal nukilannya, Islam dan Sosialisme yang diluncurkan pada tahun 1924. Beliau telah dianggap sebagai salah seorang pemikir terawal teori politik Islam di Indonesia, dan pelopor kepada ideologi Sosialisme cara Islam di Asia Tenggara melalui kepimpinan beliau dalam organisasi politik massa yang mempunyai jutaan pengikut di Hindia Timur Belanda ketika itu iaitu Sarekat Islam (SI). Objektif utama makalah ini ialah untuk menganalisis aspek penting pemikiran Tjokroaminoto tentang Sosialisme menurut Islam berbanding pencapaian beliau dalam kerjaya politik. Tjokroaminoto telah menjelaskan dengan komprehensif prinsip sebenar doktrin Sosialisme menurut Islam bagi menyanggah salah interpretasi dan kekeliruan dalam kalangan peribumi tempatan bahawa doktrin ini adalah serupa dengan falsafah materialisme Marxisme. Kajian ini menggunakan metodologi penyelidikan kualitatif berdasarkan interpretasi disiplin sejarah intelektual. Dapatan kajian pula menunjukkan pemikiran dan idea tokoh terkemuka ini tentang Sosialisme jelas berbeza dengan falsafah Sosialisme-Marxisme Barat. Malahan kajian ini juga menunjukkan bahawa Tjokroaminoto sebenarnya bukanlah cuba mengislamkan ideologi Sosialisme sebaliknya beliau telah membanding dan mengkritik idea sekular dalam Sosialisme, seterusnya mengutarakan falsafah kesejahteraan insan dan keadilan sosial Islam yang lebih sempurna. |
| URI: | https://repositori.mypolycc.edu.my/jspui/handle/123456789/7320 |
| Appears in Collections: | JABATAN PENGAJIAN AM |
Files in This Item:
| File | Description | Size | Format | |
|---|---|---|---|---|
| ISLAM DAN SOSIALISME DI ASIA TENGGARA MENELITI PEMIKIRAN AHLI TEORI POLITIK ISLAM TERAWAL INDONESIA, OEMAR SAID TJOKROAMINOTO (1882-1934).pdf | 542.73 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.