Sila gunakan pengecam ini untuk memetik atau memaut ke item ini: https://repositori.mypolycc.edu.my/jspui/handle/123456789/7319
Tajuk: KAEDAH DAN IMPAK AMALAN 3R DALAM ANIMASI BOBOIBOY
METHOD AND IMPACT OF 3R PRACTICE IN BOBOIBOY ANIMATION
Pengarang: Maharam Mamat
Nor Afian Yusof
Lim, Kar Keng
Maisarah Yaacob
Kata kunci: Pengurusan alam
Sisa buangan pepejal
Animasi
Boboiboy
Alam sekitar
Environmental management
Solid waste
Animation
Environment
Tarikh diterbit: 2023
Penerbit: Pusat Citra Universiti, Universiti Kebangsaan Malaysia
Siri / Laporan No.: MALIM: Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara;24, 72-98
Abstrak: Peningkatan kuantiti sisa buangan pepejal domestik memerlukan cara penyelesaian yang lebih baik bagi mengelakkan masalah alam sekitar yang lebih rumit. Amalan 3R (reuse, reduce and recycle) dikatakan antara langkah dilaksanakan untuk mendidik masyarakat menguruskan sisa buangan pepejal domestik. Sesuatu amalan yang ingin dibudayakan dalam masyarakat perlu diterapkan seawal usia kanak-kanak lagi. Mendidik perlu dari rebungnya. Penerapan amalan penjagaan alam sekitar kepada golongan muda boleh dilakukan dalam bentuk hiburan dengan menyisipkan dalam animasi kegemaran kanak-kanak seperti Upin dan Ipin, Boboiboy, Umar dan Hana dan sebagainya. Kajian ini menganalisis kaedah pengurusan sisa buangan pepejal menggunakan kaedah 3R dalam animasi Boboiboy, seterusnya meneliti impak positif terhadap alam sekitar apabila melakukan pengurusan sampah yang baik. Kajian ini menggunakan animasi Boboiboy episod “Jagalah Bumi” (tiga episod) sebagai teks kajian utama. Berdasarkan analisis ini didapati bahawa animasi ini berjaya mengetengahkan konsep 3R dalam tiga episod “Jagalah Bumi” termasuk memaparkan tentang bagaimana proses pengurusan sisa buangan pepejal dilaksanakan di tapak pelupusan sampah. Animasi ini juga turut mengetengahkan impak positif amalan 3R yang berperanan ke arah kelestarian alam.
URI: https://repositori.mypolycc.edu.my/jspui/handle/123456789/7319
Muncul dalam Koleksi:JABATAN PENGAJIAN AM

Fail Penerangan SaizFormat 
KAEDAH DAN IMPAK AMALAN 3R DALAM ANIMASI BOBOIBOY.pdf392.95 kBAdobe PDFLihat/buka


Item di DSpace dilindungi oleh hak cipta, dengan semua hak dilindungi, kecuali dinyatakan sebaliknya.