
Sila gunakan pengecam ini untuk memetik atau memaut ke item ini:
https://repositori.mypolycc.edu.my/jspui/handle/123456789/7311| Tajuk: | ANALISIS KESALAHAN ORTOGRAFI DALAM DRAF PENULISAN PELAJAR CHINA DI UKM |
| : | ANALYSIS OF SPELLING ERRORS IN THE DRAFT WRITING ASSESSMENT BY CHINA STUDENTS IN UKM |
| Pengarang: | Daing Zairi Ma'arof Maharam Mamat Nurul Atiqah Md. Suhada Sofia Ayup Azlan Ahmad |
| Kata kunci: | LMCM1083 Penilaian penulisan Bahasa Melayu Kesalahan ortografi Guru UKM Writing assessment Malay language Orthograhy errors Teacher |
| Tarikh diterbit: | 2023 |
| Penerbit: | Pusat Citra Universiti, Universiti Kebangsaan Malaysia |
| Siri / Laporan No.: | MALIM: Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara;24 :99-119 |
| Abstrak: | Dalam pembelajaran bahasa kedua, penulisan sangat berperanan untuk menilai kefahaman pelajar dalam menguasai bahasa baharu. Kebiasaannya, pelajar menghadapi kesukaran dalam pemilihan kata, ejaan dan ayat ketika menulis. Oleh sebab itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti bentuk kesalahan yang dilakukan oleh pelajar dalam aspek ortografi dalam draf penulisan pelajar yang mengikuti Kursus LMCM1083 Bahasa Melayu Komunikasi Antarabangsa. Penulisan ini merupakan salah satu elemen penilaian kursus yang perlu diikuti oleh pelajar antarabangsa yang mengikuti kursus ini. Teks penulisan pelajar dianalisis berdasarkan Teori Analisis Kesalahan oleh Corder (1981) melibatkan pelajar antarabangsa dari negara China yang belajar di UKM. Hasil kajian ini mendapati terdapat beberapa kesalahan bahasa daripada aspek ortografi yang kerap dilakukan oleh pelajar antarabangsa iaitu kesalahan dalam penggunaan huruf besar dan huruf kecil; kesalahan penggunaan huruf vokal dan konsonan dalam perkataan; kesalahan pengguguran huruf vokal dan konsonan dalam perkataan serta kesalahan penggantian huruf vocal dan konsonan. Kajian ini menyarankan peranan guru untuk membimbing pelajar agar kesalahan yang sama tidak berulang dalam usaha menambah baik penulisan pelajar. |
| URI: | https://repositori.mypolycc.edu.my/jspui/handle/123456789/7311 |
| Muncul dalam Koleksi: | JABATAN PENGAJIAN AM |
| Fail | Penerangan | Saiz | Format | |
|---|---|---|---|---|
| ANALISIS KESALAHAN ORTOGRAFI DALAM DRAF PENULISAN PELAJAR CHINA DI UKM.pdf | 338.62 kB | Adobe PDF | Lihat/buka |
Item di DSpace dilindungi oleh hak cipta, dengan semua hak dilindungi, kecuali dinyatakan sebaliknya.