
Sila gunakan pengecam ini untuk memetik atau memaut ke item ini:
https://repositori.mypolycc.edu.my/jspui/handle/123456789/7310| Tajuk: | ANALISIS PELAKSANAAN PENYERAHAN SAMAN PENGHUTANG PENGHAKIMAN DAN AMALAN NEGERI-NEGERI DI MAHKAMAH SYARIAH DI MALAYSIA |
| : | ANALYSIS OF THE IMPLEMENTATION OF JUDGMENT DEBT SUMMONS AND STATE PRACTICES IN SHARIAH COURTS IN MALAYSIA |
| Pengarang: | Nik Suhaimi Nik Saberi Jasni Sulong Mohd Hazwan Ismail |
| Kata kunci: | Saman penghutang penghakiman Afidavit Perundangan Mahkamah syariah Judgment debtor summons Affidavit Legislation Sharia court |
| Tarikh diterbit: | Mei-2025 |
| Penerbit: | UKM Press |
| Siri / Laporan No.: | Jurnal Undang-undang dan Masyarakat;35(1), 83 – 94 |
| Abstrak: | Saman Penghutang Penghakiman (SPP) adalah satu bentuk saman atau perintah yang dikeluarkan daripada mahkamah untuk diserahkan kepada penghutang. Penghutang perlu memberi komitmen untuk hadir ke mahkamah setelah menerima saman tersebut daripada penghantar notis mahkamah, bailif mahkamah atau mana-mana orang yang diperuntukan dalam undang-undang. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa pelaksanaan atau pengamalan daripada negeri-negeri yang berbeza. Terdapat dua persoalan kajian mengenai pelaksanaan penyerahan saman dalam borang MS 43 iaitu mengenai saman gantian sama ada dibenarkan atau tidak dibenarkan dan juga mengenai afidavit sokongan dalam borang MS 26 sama ada perlu dibuat serahan atau tidak. Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk meneliti secara kritis mengenai penyerahan saman yang dilakukan oleh negeri-negeri yang berbeza pelaksanaannya yang telah menimbulkan konflik. Metodologi kajian ini menggunakan kaedah kualitatif secara pengumpulan data iaitu data-data diperoleh daripada kitab-kitab fiqh, jurnal, kertas prosiding, kajian tesis dan kes- kes di mahkamah. Selain daripada itu, kaedah lapangan juga digunakan iaitu metod temu bual secara tidak berstruktur. Temu bual tersebut akan menemu bual bersama peguam, penghantar notis dan bailif mahkamah di negeri-negeri yang terpilih. Hasil kajian mendapati, amalan daripada tujuh negeri yang dipilih secara rawak, hanya negeri Melaka sahaja yang tidak dibenarkan untuk dilakukan saman secara gantian, manakala negeri-negeri lain dibenarkan dengan cara gantian melalui tampalan. Selain daripada itu, penyerahan saman bersekali dengan affidavit sokongan MS 26 adalah negeri Pahang, Kedah, Perak dan Selangor. Manakala negeri-negeri yang tidak disertakan saman bersekali dengan afidavit sokongan adalah negeri Pulau Pinang, Melaka dan Perlis. Cadangan daripada kajian ini adalah perlunya diselaraskan kesemua negeri dengan memasukkan peruntukan undang-undang khas iaitu di dalam akta/enakmen tatacara mal mahkamah syariah agar tidak berlaku konflik yang melibatkan penyerahan saman bersekali dengan afidavit sokongan yang boleh menimbulkan perbicaraan yang panjang. Hal ini kerana, SPP hanyalah penyiasatan secara inquisitorial sahaja di antara hakim dengan penghutang. |
| URI: | https://repositori.mypolycc.edu.my/jspui/handle/123456789/7310 |
| ISSN: | https://doi.org/10.17576/juum-2025-3501-07 |
| Muncul dalam Koleksi: | JABATAN PENGAJIAN AM |
| Fail | Penerangan | Saiz | Format | |
|---|---|---|---|---|
| ANALISIS PELAKSANAAN PENYERAHAN SAMAN PENGHUTANG PENGHAKIMAN DAN AMALAN NEGERI-NEGERI DI MAHKAMAH SYARIAH DI MALAYSIA.pdf | 271.4 kB | Adobe PDF | ![]() Lihat/buka |
Item di DSpace dilindungi oleh hak cipta, dengan semua hak dilindungi, kecuali dinyatakan sebaliknya.
