Sila gunakan pengecam ini untuk memetik atau memaut ke item ini: https://repositori.mypolycc.edu.my/jspui/handle/123456789/7309
Tajuk: ANALISIS PERCAMPURAN KOD BAHASA MELAYU DALAM KALANGAN PELAJAR CINA
ANALYSIS OF CODE-MIXING IN MALAY LANGUAGE AMONG CHINESE STUDENTS
Pengarang: Muhammad Alee Song
Nur Atiqah Wakanan
Nor Nadira Mohd Nordin
Kata kunci: Percampuran kod
Murid Cina
Bahasa Melayu
Code mixing
Chinese students
Malay language
Tarikh diterbit: 2023
Penerbit: Pusat Citra Universiti, Universiti Kebangsaan Malaysia
Siri / Laporan No.: MALIM: Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara;24: 53-71
Abstrak: Kajian bertujuan untuk menganalisis percampuran kod daripada aspek kesalahan tatabahasa dalam penulisan karangan bahasa Melayu dan aspek kesalahan tatabahasa dalam lisan pelajar Cina melihat dua aspek, iaitu mengenal pasti kesalahan bahasa Melayu dalam karangan pelajar Cina, menganalisis data kesalahan dan menghuraikan aspek percampuran kod bagi menyampaikan mesej pelajar dari perspektif pragmatik dengan menggunakan konsep rangka rujuk silang di sebuah sekolah swasta di daerah Petaling Jaya Selangor. Kajian ini merupakan kajian kualitatif dengan menggunakan kaedah temubual dan analisis dokumen kertas penulisan karangan dengan melibatkan 5 orang murid Cina di sebuah sekolah swasta di daerah Petaling Jaya Selangor. Dapatan kajian menunjukkan analisis kesalahan tatabahasa percampuran kod dalam aspek penulisan bahasa Melayu menunjukkan percampuran kod yang terdapat ialah percampuran bahasa Inggeris iaitu kesalahan tatabahasa golongan kata yang tertinggi bagi penulisan murid ialah kata nama diikuti dengan kata adjektif, kata kerja dan kata tugas. Manakala dari aspek lisan pula menunjukkan bahawa golongan kata nama merupakan kesalahan bahasa yang tertinggi diikuti dengan kata adjektif, kata kerja dan kata tugas. Dengan ini, guru dapat mengenal pasti kesalahan yang sering kali dilakukan oleh muridnya dan juga dapat membantu guru untuk mengunakan kaedah atau strategi yang sesuai dengan setiap murid. Ini selaras dengan dasar negara Malaysia yang menitikberat dan memandang serius agar setiap pelajar dapat menguasaai bahasa kebangsaan dengan baik dan berkesan.
URI: https://repositori.mypolycc.edu.my/jspui/handle/123456789/7309
Muncul dalam Koleksi:JABATAN PENGAJIAN AM



Item di DSpace dilindungi oleh hak cipta, dengan semua hak dilindungi, kecuali dinyatakan sebaliknya.