
Sila gunakan pengecam ini untuk memetik atau memaut ke item ini:
https://repositori.mypolycc.edu.my/jspui/handle/123456789/7303| Tajuk: | UNSUR SAINS DAN TEKNOLOGI DALAM TAJ AL-MULUK |
| : | SCIENCE AND TECHNOLOGY ELEMENTS IN TAJ AL-MULUK |
| Pengarang: | Muhamad Shafiq Mohd Ali |
| Kata kunci: | Taj al-Muluk Etnosains Etnoteknologi Nujum Ethnoscience Ethnotechnology Astrology |
| Tarikh diterbit: | 15-Dis-2023 |
| Penerbit: | Pusat Citra Universiti, Universiti Kebangsaan Malaysia |
| Siri / Laporan No.: | MALIM: Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara;24 (2023):31-52 |
| Abstrak: | Kitab Taj al-Muluk merupakan sebuah kitab yang menjadi kontroversi dalam masyarakat di Alam Melayu apabila telah difatwakan haram oleh pihak JAKIM pada tahun 2007. Pengharaman ini adalah disebabkan terdapatnya ilmu nujum yang telah diharamkan pengamalannya oleh Islam. Walaupun bahagian nujum yang diharamkan, terdapat juga beberapa bahagian lain yang turut ditulis dalam kitab Taj al-Muluk seperti bahagian pembinaan rumah, ubat-ubatan, taqwim, perbintangan, pertanian, gastronomi dan lain-lain lagi yang dirasakan sangat perlu untuk dikupas. Oleh yang demikian, makalah ini bertujuan untuk melihat unsur-unsur sains dan teknologi yang jelas terdapat dalam kitab Taj al-Muluk termasuk dalam bahagian penujuman. Kajian ini dilakukan hanya dengan meneliti kandungan teks kitab Taj al-Muluk dan membahaskan fasal yang mengandungi unsur sains dan teknologi untuk diteliti. Hasil daripada penelitian menunjukkan kandungan kitab Taj al-Muluk ini sarat dengan unsur etnosains dan etnoteknologi yang perlu dikupas dan dikaji dengan lebih lanjut. Terdapat beberapa unsur etnosains yang boleh dilihat dalam kitab Taj al-Muluk iaitu unsur tersebut ditulis dengan jelas seperti pembinaan rumah, ubat-ubatan, taqwim, perbintangan, pertanian, gastronomi dan juga adanya unsur etnosains dan etnoteknologi yang tidak ditulis secara jelas seperti bahagian penujuman, pemilihan tanah dan ta’bir mimpi. |
| URI: | https://repositori.mypolycc.edu.my/jspui/handle/123456789/7303 |
| Muncul dalam Koleksi: | JABATAN PENGAJIAN AM |
| Fail | Penerangan | Saiz | Format | |
|---|---|---|---|---|
| Unsur sains dan teknologi dalam taj al muluk (science and technology elements in taj al muluk).pdf | 321.97 kB | Adobe PDF | Lihat/buka |
Item di DSpace dilindungi oleh hak cipta, dengan semua hak dilindungi, kecuali dinyatakan sebaliknya.