
Sila gunakan pengecam ini untuk memetik atau memaut ke item ini:
https://repositori.mypolycc.edu.my/jspui/handle/123456789/7301| Tajuk: | PENGUKUHAN KEPERIBADIAN PELAJAR MUSLIM MELALUI SERVICE-LEARNING |
| : | STRENGTHENING THE PERSONALITY OF MUSLIM STUDENTS THROUGH SERVICE-LEARNING |
| Pengarang: | Norain Azlan Najah Nadiah Amran |
| Kata kunci: | Amalan pembelajaran berimpak tinggi Pengajian Islam Service-Learning (SL) High impact educational practices Islamic studies |
| Tarikh diterbit: | 9-Dis-2022 |
| Penerbit: | Pusat Citra Universiti, Universiti Kebangsaan Malaysia |
| Siri / Laporan No.: | MALIM: Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara;23 (2022): 136-156 |
| Abstrak: | Service-Learning (S-L) menawarkan pengalaman pembelajaran yang bermakna secara teori dan praktikal melalui usaha berkhidmat untuk masyarakat bagi memenuhi keperluan mereka. Islam memandang memberi khidmat kepada komuniti sebagai salah satu amalan terbaik. Oleh itu nilai-nilai yang dipupuk melalui S-L bukanlah suatu yang terpisah daripada elemen agama. Makalah ini meneroka impak dan pengalaman pembelajaran S-L yang telah dilalui oleh pelajar bidang pengajian Islam dari Fakulti Pengajian Islam (FPI), Universiti Kebangsaan Malaysia. Ia menganalisis maklumbalas bertulis yang diberikan oleh peserta yang telah menjawab dua soalan terbuka dalam soalselidik. Seramai 256 peserta kajian telah menjawab soalselidik dan juga soalan terbuka tersebut. Data yang dikumpul diproses secara tematik menggunakan perisian ATLAS.Ti. Terdapat tiga tema utama yang dikeluarkan daripada jawapan peserta menunjukkan bahawa khidmat yang diberikan menunjukkan Islam bersifat syumul, kasih sayang dan agama dakwah. Antara penekanan personaliti positif yang terbentuk adalah rasa persaudaraan, keinginan untuk membantu orang lain serta rasa kesyukuran. Dari segi praktikalnya, teori-teori Islam yang diperolehi dalam bilik kuliah dapat dilaksanakan dan dikongsi di lapangan masyarakat untuk manfaat yang lebih besar bagi memenuhi keperluan sebenar. Justeru, kajian ini mencadangkan agar, amalan S-L diterapkan secara sistematik di dalam pembelajaran di institusi pengajian tinggi untuk tujuan menghasilkan graduan Muslim yang holistik dan tersedia bagi berkhidmat kepada masyarakat. |
| URI: | https://repositori.mypolycc.edu.my/jspui/handle/123456789/7301 |
| Muncul dalam Koleksi: | JABATAN PENGAJIAN AM |
| Fail | Penerangan | Saiz | Format | |
|---|---|---|---|---|
| Pengukuhan keperibadian pelajar muslim melalui service learning (strengthening the personality of muslim students through service-learning).pdf | 355.2 kB | Adobe PDF | Lihat/buka |
Item di DSpace dilindungi oleh hak cipta, dengan semua hak dilindungi, kecuali dinyatakan sebaliknya.