Sila gunakan pengecam ini untuk memetik atau memaut ke item ini: https://repositori.mypolycc.edu.my/jspui/handle/123456789/7284
Tajuk: APLIKASI KUIZ INTERAKTIF SEBAGAI MEDIUM PENTAKSIRAN JARAK JAUH
INTERACTIVE QUIZ APP AS A REMOTE ASSESSMENT MEDIUM
Pengarang: Amirul Mukminin Mohamad
Kata kunci: Quizizz
Pentaksiran jarak jauh
Norma baharu
Pentaksiran formatif
E-kuiz
Remote asessment
New normal
Formative assessment
Tarikh diterbit: 15-Dis-2023
Penerbit: Pusat Citra Universiti, Universiti Kebangsaan Malaysia
Siri / Laporan No.: MALIM: Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara;24 (2023):120-134
Abstrak: Antara permasalahan yang dihadapi pelajar institusi pengajian tinggi dalam situasi pandemik ialah kekangan untuk melakukan tugasan berbentuk bersemuka dan ‘real-time’, ditambah pula dengan kewujudan e-Pentaksiran yang kurang menarik. Kekangan ini menyebabkan pelajar berhadapan kesukaran untuk menyiapkan tugasan jarak jauh ini dalam masa yang diperuntukkan. Kajian yang telah dilakukan adalah berfokus kepada impak penggunaan perisian dalam talian Quizizz sebagai medium alternatif Pentaksiran jarak jauh dalam meningkatkan peluang pelajar untuk menyiapkan kuiz jarak jauh dalam masa yang sepatutnya, selain menambah baik penguasaan topik pelajaran yang dinilai. Melalui penggunaan aplikasi ini, pengajar menjalankan sesi kuiz secara ‘real-time’ bersama pelajar secara jarak jauh, walau di mana mereka berada. Aplikasi ini juga menyediakan skor markah akhir dengan panduan jawapan sebaik sahaja kuiz berakhir. Dalam kajian ini, seramai lebih seratus orang pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia dari pelbagai bidang pengajian terlibat sebagai peserta kajian. Penggunaan kaedah Ujian-T digunakan sebagai kaedah analisis untuk perbandingan, sementara ujian Regresi Linear Mudah pula digunakan untuk menganalisis korelasi antara pembolehubah. Analisis perbandingan skor antara kuiz mendapati perbezaan signifikan, di mana p=0.000 telah direkodkan. Hubung kait secara signifikasi penggunaan perisian Quizizz dan skor yang dicatatkan telah direkodkan melalui analisis regressi mudah. Hasil menunjukkan bahawa pelajar lebih selesa dan berminat menggunakan kuiz berbentuk permainan sebagai bentuk e-kuiz dalam Pentaksiran jarak jauh.
URI: https://repositori.mypolycc.edu.my/jspui/handle/123456789/7284
Muncul dalam Koleksi:JABATAN PENGAJIAN AM



Item di DSpace dilindungi oleh hak cipta, dengan semua hak dilindungi, kecuali dinyatakan sebaliknya.