Please use this identifier to cite or link to this item:
https://repositori.mypolycc.edu.my/jspui/handle/123456789/5343
Title: | Pam Racun Beroda |
Authors: | Siti Baizuri Baharuddin |
Keywords: | Machinery industry Design and construction Spraying equipment |
Issue Date: | 2017 |
Series/Report no.: | ;1794 |
Abstract: | Projek tahun akhir ini membentangkan tentang Pam Racun Beroda yang boleh membawa muatan 120 liter campuran racun dan air. Objektif penghasilan projek ini adalah untuk merekabentuk sebuah alat meracun yang dapat mengepam secara automatik. Selain itu, merekabentuk sebuah alat meracun yang dapat digerakkan menggunakan roda. Akhir sekali, merebentuk sebuah alat meracun yang dapat menjimatkan masa berbanding pam racun sedia ada. Penyataan masalah daripada pemerhatian dan temu bual yang telah dijalankan, terdapat beberapa pernyataan masalah yang sering dihadapi oleh pengguna semasa menggunakan alat mengepam racun yang sedia ada, antara masalah yang dihadapi ialah pam racun dengan tangki bersaiz 18 liter hanya mampu meracun kawasan seluas 2500 kaki persegi bersamaan 0.057 ekar. Seterusnya, pam racun yang dikendalikan secara manual dengan perlu mengalas pam racun dan mengepam menggunakan tangan. Akhir sekali, racun yang dikendalikan secara automatik di pasaran menggunakan motor dan enjin bagi mengepam racun. Namun penggunaan enjin oleh menyebabkan belakunya pencemaran udara dan bunyi. Skop untuk projek ini merangkumi aspek - aspek berikut seperti sasaran projek ini adalah untuk golongan pekebun getah kerana kesesuaian tanah iaitu tanah lom atau gembur. Seterusnya adalah peladang kelapa sawit kerana kesesuaian tanah iaitu tanah merah. Ini dapat memudahkan untuk menggerakkan pam racun beroda. Selain itu, sasaran projek ini juga adalah bukan sahaja bagi kerja - kerja meracun malah boleh juga digunakan untuk membaja. Akhir sekali, projek ini hanya sesuai untuk mengepam bahan dalam bentuk cecair sahaja. Projek pam racun beroda ini melibatkan penggunaan arus elektrik iaitu dihasilkan daripada bateri disambung pada inverter untuk menghidupkan pam. Selain itu, proses pengukuran juga turut terlibat dalam penghasilan komponen - komponen dan kelengkapan projek ini. Kesemua proses - proses ini mempunyai kesinambungan dan kaitan di antara satu sama lain. Maka susun atur kerja kami pula adalah melibatkan kerja - kerja merekabentuk, pemasangandan pengubahsuaian hasil dan pengujian. Kesimpulannya, dengan terhasilnya Pam Racun Beroda ini, dapat meningkatkan kemahiran dalam setiap kerja yang dilakukan. Projek ini dapat merekabentuk sebuah alat meracun yang dapat mengepam secara automatik. Selain itu, perlaksaan projek ini dapat merekabentuk sebuah alat meracun yang dapat digerakkan menggunakan roda. Akhir sekali, dapat merekabentuk sebuah alat meracun yang dapat menjimatkan masa berbanding pam racun sedia ada. |
URI: | https://repositori.mypolycc.edu.my/jspui/handle/123456789/5343 |
Appears in Collections: | Laporan Projek Pelajar |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.