Sila gunakan pengecam ini untuk memetik atau memaut ke item ini: https://repositori.mypolycc.edu.my/jspui/handle/123456789/3219
Tajuk: Mengkaji Faktor Yang Mempengaruhi Pemilihan Pengunjung Untuk Mengunjungi Butik ELRAH Di Bangi Sentral
Pengarang: Nur Aminah Husna Azmi
Aishah Najihah Nor Insan
Noor Zulaikha Zahadi
Nur Khadijah Mohamed Yassin
Nur Hanim Hanani Azizan
Raja Letchumi Gunasegran
Kata kunci: Kualiti Paparan Produk
Perkhidmatan Dan Kepuasan Pelanggan
Butik ELRAH
Tarikh diterbit: 2016
Siri / Laporan No.: ;1504
Abstrak: Kertas kerja ini dilaksanakan bagi memenuhi pemarkahan subjek DPB6043 Projek Perniagaan. Tajuk kajian ini ialah “Mengkaji Faktor Pemilihan Pengunjung Untuk Mengunjungi Butik Elrah Exclusive di Bangi Sentral”. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji sama ada faktor lokasi, faktor kualiti, faktor promosi merupakan faktor yang mempengaruhi pemilihan pengunjung untuk mengunjungi Butik Elrah Exclusive di Bangi Sentral. Seramai 100 orang pengunjung dijadikan sebagai responden bagi memenuhi persoalan kajian ini dan borang kaji selidik diedarkan kepada responden bagi mendapatkan maklum balas mengenai kajian ini. Hasil daripada dapatan kajian ini akan diproses menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS). Semua data kajian yang diperolehi telah diolah dan dipersembahkan dengan ringkas dalam bentuk rajah dan jadual sebagai keputusan kajian. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa ketiga-tiga objektif kajian iaitu lokasi, kualiti dan promosi mampu mempengaruhi pemilihan pengunjung untuk menunjungi ke Butik Elrah Exclusive di Bangi Sentral. Semoga dengan terhasilnya projek perniagaan ini, ia akan dapat digunakan oleh pihak lain sebagai rujukan.
URI: https://repositori.mypolycc.edu.my/jspui/handle/123456789/3219
Muncul dalam Koleksi:Laporan Projek Pelajar

Fail Penerangan SaizFormat 
1504.pdf2.6 MBAdobe PDFGambar kecil
Lihat/buka


Item di DSpace dilindungi oleh hak cipta, dengan semua hak dilindungi, kecuali dinyatakan sebaliknya.