Sila gunakan pengecam ini untuk memetik atau memaut ke item ini: https://repositori.mypolycc.edu.my/jspui/handle/123456789/3112
Tajuk: Megkaji Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pengguna Terhadap Pembelian Barang Keperluan Di Kedai Serbaneka ECO RM2 Di Teluk Air Tawar, Butterworth
Pengarang: Nurul Atikah Mohd Helmi@Salmi
Yashini Devi Subramaniam
Mimie Amirz Abd Rahim
Husnul Akhira Marjan
Ahmad Ehsan Mohd Kamal
Kata kunci: Pengaruh Pengguna
Barang Keperluan
Kedai Serbaneka
ECO RM2
Tarikh diterbit: 2016
Siri / Laporan No.: ;1501
Abstrak: Melihat senario semasa kenaikan kos hidup di Malaysia kesan daripada kenaikan harga barang dan perkhidmatan menyebabkan banyak pihak termasuk pengguna di negara ini terpaksa memilih untuk membeli barang keperluan di kedai yang murah dan berpatutan dengan perbelanjaan harian mereka. Justeru objektif kertas kerja ini untuk mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi pengguna terhadap pembelian barang keperluan di Kedai Sebaneka Eco RM2 di Teluk Air Tawar, Butterworth. Terdapat tiga faktor yang difokuskan dalam kajian ini iaitu faktor harga, faktor kualiti dan faktor sikap. Data diperolehi secara rawak melalui agihan borang soal selidik sebanyak 100 borang kepada responden yang terdiri daripada pengguna Kedai Serbaneka Eco RM2 di Teluk Tawar, Butterworth dan kesemua borang tersebut telah dijawab dan dikembalikan dengan lengkap. Data dianalisis menggunakan “Statistic Package for Social Science (SPSS) For Windows Version 22 dan dianalisa menggunakan analisis deskriptif dan min purata. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara faktor harga dan faktor kualiti dengan pembelian pengguna terhadap barang keperluan di Kedai Serbaneka Eco RM2 di Teluk Air Tawar, Butterworth. Analisis kajian menunjukkan faktor yang paling dominan yang mendorong pengguna untuk membeli di Kedai Serbaneka Eco RM2 ialah faktor harga. Dalam kajian ini juga pengkaji ada mengusulkan beberapa cadangan yang boleh di ambil oleh pelbagai pihak dalam mengatasi pemasalahan ini.
URI: https://repositori.mypolycc.edu.my/jspui/handle/123456789/3112
Muncul dalam Koleksi:Laporan Projek Pelajar

Fail Penerangan SaizFormat 
1501.pdf2.36 MBAdobe PDFLihat/buka


Item di DSpace dilindungi oleh hak cipta, dengan semua hak dilindungi, kecuali dinyatakan sebaliknya.