Sila gunakan pengecam ini untuk memetik atau memaut ke item ini: https://repositori.mypolycc.edu.my/jspui/handle/123456789/3064
Tajuk: MENGKAJI PERSEPSI PENGGUNA TERHADAP PEMBELIAN TIKET FERI KE PULAU LANGKAWI SECARA DALAM TALIAN
Pengarang: KEW SU FEN, NUR SAKINAH BT ABD LATIF
CHENG CHIA HAN, TEOH WEI SHUN
NORSHAKNA BT HAMZAH, NUR HIDAYAH BT DZAINOL ABIDIN
Kata kunci: pembelian tiket feri secara talian
Pulau Langkawi
Tarikh diterbit: 2015
Siri / Laporan No.: ;2077
Abstrak: Pulau Langkawi adalah salah satu tempat pelancongan yang telah menarik ramai pelancong sama ada dari dalam atau luar negara. Para pelancong boleh menggunakan pelbagai mod pengangkutan untuk ke Pulau Langkawi dan salah satunya menggunakan mod pengangkutan air (feri). Bagi pengguna feri, para pelancong haruslah membeli tiket feri untuk ke Pulau Langkawi. Terdapat pelbagai cara untuk membeli tiket antaranya seperti membuat tempahan melalui ejen pelancongan, membeli secara dalam talian dan di kaunter. Melalui pembelian di kaunter, pengguna perlu berbaris panjang untuk mendapatkan tiket dan secara tidak langsung ini akan membazir masa dan tenaga pengguna. Selain itu, penempahan tiket yang dibuat melalui ejen akan memberi kesan negatif jika pengguna tersalah memilih ejen yang tidak sah. Kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji persepsi pengguna terhadap pembelian tiket feri ke Pulau Langkawi secara dalam talian. Terdapat tiga faktor iatitu faktor pengetahuan penggunaan internet, faktor keselamatan data dan faktor fasiliti. Kajian ini telah dijalankan melalui borang soal selidik iaitu sebanyak 100 responden telah dipilih secara rawak daripada keseluruhan pengguna perkhidmatan feri. Hasil kajian yang diproses menggunakan kaedah Statistical Package for Social Science (SPSS) mendapati bahawa faktor fasiliti menjadi pendorong utama pengguna bersetuju dengan kewujudan aplikasi pembelian tiket feri ke Langkawi secara dalam talian diikuti oleh faktor pengetahuan dan faktor keselamatan data. Konklusinya, ketiga tiga faktor amat mempengaruhi pengguna dalam membuat pembelian tiket feri secara dalam talian.
URI: https://repositori.mypolycc.edu.my/jspui/handle/123456789/3064
Muncul dalam Koleksi:Laporan Projek Pelajar



Item di DSpace dilindungi oleh hak cipta, dengan semua hak dilindungi, kecuali dinyatakan sebaliknya.