Sila gunakan pengecam ini untuk memetik atau memaut ke item ini:
https://repositori.mypolycc.edu.my/jspui/handle/123456789/2990
Tajuk: | Faktor Pemilihan Mod Pengangkutan Awam Di Kalangan Pelajar Politeknik Seberang Perai |
Pengarang: | Muhammad Irfan Khan Firus Khan Muhammad Faris Roslan Mohamad Faizi Mohd Ali Nur Adila Syafiqah Azman Norzarifah Azmi Litha Morali |
Kata kunci: | Faktor Pemilihan Mod Pengangkutan Pengangkutan Awam |
Tarikh diterbit: | 2016 |
Siri / Laporan No.: | ;1494 |
Abstrak: | Perkhidmatan pengangkutan awam seperti bas ekspress membolehkan pengguna menggunakan perkhidmatan dengan mudah dan cepat. Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti faktor pemilihan mod pengangkutan awam di kalangan pelajar Politeknik Seberang Perai. Beberapa faktor seperti faktor keselamatan, faktor tambang dan faktor infrastruktur telah diambil kira dalam menentukan faktor pemilihan mod pengangkutan awam di kalangan pelajar Politeknik Seberang Perai ke destinasi yang ingin dituju. Kajian ini hanya tertumpu kepada pelajar Politeknik Seberang Perai yang menggunakan mod pengangkutan awam jarak jauh seperti bas ekspress. Bagi mencapai objektif kajian, satu set borang selidik telah diedarkan kepada seramai 100 orang responden yang terdiri daripada kalangan pelajar Politek Seberang Perai (PSP) yang menggunakan pengangkutan awam seperti bas ekspress. Metodologi yang digunakan untuk mengkaji faktor pemilihan mod pengangkutan awam ini, adalah melalui kaedah tinjauan dengan menegedar borang soal selidik kepada responden yang terpilih. Hasil dapatan kajian diproses menggunakan sistem SPSS (Statistical Package for Social Science) versi 21.0. Dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor keselamatan menjadi keperluan utama dalam faktor pemilihan mod pengangkutan awam di kalangan pelajar Politeknik Seberang Perai, diikuti oleh faktor tambang dan diakhiri dengan faktor infrastuktur. |
URI: | https://repositori.mypolycc.edu.my/jspui/handle/123456789/2990 |
Muncul dalam Koleksi: | Laporan Projek Pelajar |
Fail | Penerangan | Saiz | Format | |
---|---|---|---|---|
1494.pdf | 1.93 MB | Adobe PDF | ![]() Lihat/buka |
Item di DSpace dilindungi oleh hak cipta, dengan semua hak dilindungi, kecuali dinyatakan sebaliknya.