Sila gunakan pengecam ini untuk memetik atau memaut ke item ini: https://repositori.mypolycc.edu.my/jspui/handle/123456789/2668
Tajuk: PROJEK & EKSPERIMEN ARDUINO: MENEROKA DENGAN TEKNOLOGI AUGMENTED REALITY
Pengarang: NURUL FARHANAH, BINTI MOHD MOKHTAR
Kata kunci: ARDUINO
STEM
Tarikh diterbit: 26-Mac-2024
Penerbit: KOLEJ KOMUNITI PASIR SALAK
Abstrak: Buku ini merupakan satu usaha untuk menyediakan sumber pembelajaran yang komprehensif dan mudah difahami dalam bidang mikropengawal, terutamanya berkaitan dengan penggunaan papan Arduino. Pada zaman yang serba canggih ini, pemahaman dalam bidang mikropengawal semakin penting. Dengan pengenalan kepada teknologi Arduino, pembaca dapat memperoleh pengetahuan dan kemahiran asas dalam bidang pengaturcaraan dan pembuatan projek yang menggunakan mikropengawal. Buku ini ditujukan khas untuk pelajar sekolah yang ingin mempelajari mikropengawal khususnya Arduino dan merangka projek - projek yang menarik dan relevan dengan kehidupan seharian. Buku ini dibahagikan kepada beberapa bab yang membincangkan aspek-aspek penting berkaitan dengan Arduino, termasuk asas penggunaan, pengenalan kepada komponen elektronik, bahasa pengaturcaraan dan penggunaan IDE Arduino. Setiap bab disusun dengan teliti dan diperkayakan dengan contoh-contoh projek yang praktikal serta gambarajah yang jelas bagi memudahkan pemahaman. Buku ini juga dilengkapkan dengan membolehkan pembaca melihat projek-projek yang disertakan di dalam buku ini secara visual dan 3 dimensi. Penulis ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi sokongan dan dorongan dalam penulisan buku ini. Penulis juga berharap agar buku ini dapat memberi manfaat kepada pembaca khususnya para pelajar, untuk mempelajari mikropengawal Arduino dengan lebih mudah dan menyeronokkan.
URI: https://repositori.mypolycc.edu.my/jspui/handle/123456789/2668
ISBN: 978-629-98214-5-8
Muncul dalam Koleksi:Penerbitan KK PASIR SALAK

Fail Penerangan SaizFormat 
Projek & Eksperimen Menggunakan Arduino - eISBN (3) (3).pdf38.49 MBAdobe PDFGambar kecil
Lihat/buka


Item di DSpace dilindungi oleh hak cipta, dengan semua hak dilindungi, kecuali dinyatakan sebaliknya.