Please use this identifier to cite or link to this item: https://repositori.mypolycc.edu.my/jspui/handle/123456789/11148
Title: KAJIAN ANALISIS KEPERLUAN PASARAN BIDANG TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DI PULAU PINANG DAN KEDAH
Authors: Norazlina Mat Nayan
Syafirul Ikmar Shaharudin
Ahmad Azlan Ahmad
Wan Noraini Usoh
Norhafizah Akmal Sukri
Dr. Neoh Hock Seng
Mohd Khairul Domadi
Syahril Izwan Abdul Yamin
Amirul Zaharin Yusoff
Nurul Amira Din
Nurul Azuwa Md Muhayadin
Keywords: Teknologi Pemesinan
Kejuruteraan Elektronik Komunikasi
Elektrik & Elektronik (E&E)
Pulau Pinang
Kulim Hi-Tech Park
Automasi
Industry 4.0
AIoT
Issue Date: 2026
Publisher: POLITEKNIK SEBERANG PERAI
Abstract: Kajian ini membentangkan dapatan kajian analisis keperluan pasaran yang memfokuskan dua bidang kritikal di Zon Utara, iaitu Teknologi Pemesinan dan Kejuruteraan Elektronik Komunikasi yang merupakan sub bidang dalam sektor Elektrik & Elektronik (E&E). Kajian menumpukan ekosistem industri di Pulau Pinang dan Kedah, dengan responden terdiri daripada industri berkaitan serta alumni yang bekerja dalam bidang berkenaan. Pendekatan metodologi menggunakan data kuantitatif bagi menilai tahap penerimaan, jurang kemahiran dan cadangan penambahbaikan. Dapatan menunjukkan tahap penerimaan yang tinggi terhadap keperluan kedua-dua bidang, namun wujud jurang kemahiran merentas tema automasi, digitalisasi operasi, kemahiran masa hadapan, pengukuhan amalan kualiti digital, dan pendedahan kepada proses khusus seperti CNC multi-axis, additive manufacturing, reka bentuk, validasi modul radio frekuensi (RF), pengintegrasian serta penalaan antena, automasi pengujian fungsi, pembangunan firmware dan protokol terbenam. Perbincangan mengaitkan dapatan dengan dasar nasional, dokumen wilayah koridor utara dan inisiatif bakat TalentCorp bagi menyokong penjajaran kemahiran. Kajian ini mengemukakan cadangan strategik merangkumi pemodenan kandungan latihan berteras IR4.0, peluasan latihan industri berstruktur, pelaksanaan pensijilan mikro berasaskan kompetensi, serta pembentukan tadbir urus kluster latihan serantau. Secara keseluruhan, kajian ini mengesahkan keperluan segera memperkukuh pembangunan bakat dalam dua bidang tersebut bagi mengekalkan daya saing rantaian bekalan E&E dan pembuatan berketepatan tinggi di Zon Utara.
Description: Pembangunan negara pada era globalisasi dan Revolusi Industri Keempat (IR4.0) memerlukan tenaga kerja mahir yang bukan sahaja kompeten dari sudut teknikal, malah mampu menyesuaikan diri dengan teknologi baharu dan ekosistem industri yang pantas berubah. Malaysia, melalui aspirasi TVET Madani, Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) dan New Industrial Master Plan (NIMP 2030), menekankan keperluan melahirkan tenaga kerja separa profesional dan profesional yang berkemahiran tinggi, khususnya dalam bidang kritikal dan berimpak tinggi terhadap ekonomi negara. Rajah 1.1 memperlihatkan cabaran utama yang mengiringi agenda ini, iaitu ketidakpadanan kemahiran antara latihan yang disediakan dengan keperluan sebenar industri. Jurang antara institusi latihan dan keperluan bakat industri menunjukkan bahawa sistem latihan perlu diperkukuh agar lebih responsif terhadap kehendak sektor strategik. Situasi ini menuntut peluasan program TVET yang berfokus, peningkatan imej kerjaya teknikal serta penyelarasan pembangunan bakat dengan keperluan industri berteknologi tinggi.
URI: https://repositori.mypolycc.edu.my/jspui/handle/123456789/11148
Appears in Collections:eBook PSP

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
MNA Penang & Kedah.pdfPembangunan negara pada era globalisasi dan Revolusi Industri Keempat (IR4.0) memerlukan tenaga kerja mahir yang bukan sahaja kompeten dari sudut teknikal, malah mampu menyesuaikan diri dengan teknologi baharu dan ekosistem industri yang pantas berubah. Malaysia, melalui aspirasi TVET Madani, Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) dan New Industrial Master Plan (NIMP 2030), menekankan keperluan melahirkan tenaga kerja separa profesional dan profesional yang berkemahiran tinggi, khususnya dalam bidang kritikal dan berimpak tinggi terhadap ekonomi negara. Rajah 1.1 memperlihatkan cabaran utama yang mengiringi agenda ini, iaitu ketidakpadanan kemahiran antara latihan yang disediakan dengan keperluan sebenar industri. Jurang antara institusi latihan dan keperluan bakat industri menunjukkan bahawa sistem latihan perlu diperkukuh agar lebih responsif terhadap kehendak sektor strategik. Situasi ini menuntut peluasan program TVET yang berfokus, peningkatan imej kerjaya teknikal serta penyelarasan pembangunan bakat dengan keperluan industri berteknologi tinggi.3.54 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.