Please use this identifier to cite or link to this item: https://repositori.mypolycc.edu.my/jspui/handle/123456789/11021
Title: HYDRAULIC ROLLER BENDER
Authors: SHARVIN MURUGAN
ARVIND BALASUNDRAM
SHARWIN RAAJ MATHIYALAGAN
Keywords: HYDRAULIC JACK
HYDRAULIC
ROLLER BENDER
Issue Date: Dec-2019
Publisher: PSP
Series/Report no.: ;1951
Abstract: Mesin lenturan gulung adalah merupakan sejenis mesin yang dapat melenturkan bahan kerja iaitu kepingan logam menjadi bentuk bulat.Ia biasanya mempunyai tiga penggelek yang digunakan untuk melenturkan kepingan logam berkenaan. Lazimnya selepas proses melentur atau membengkokkan kepingan logam, bahan kerja tersebut kemudiannya perlu melalui proses pemotongan mengikut saiz panjang yang diperlukan. Di pasaran,mesin lenturan gulung kebiasaannya tidak didatangkan dengan konsep2 dalam 1 iaitu mempunyai kemudahan melentur bahan kerja dan juga boleh memotong lebihan bahan kerja. Biasanya bahan kerja perlu melalui proses pemotongan secara berasingan dengan proses lenturan iaitu dengan menggunakan mesin pemotong. Di samping itu, mesin lenturan gulung di pasaran juga tidak mempunyai kemudahan membengkokkan bahan kerja pada sudut 90. Oleh itu, projek'Hydraulic Jack Roller Bender' telah dibangunkan bagi menyelesaikan masalah- masalah berkenaan. Objektif projek ini adalah untuk mereka bentuk mesin lenturan gulung 2 dalam 1 yang dapat melenturkan bahan kerja, memotong dan membengkokkan bahan kerja sehingga sudut 90°.'Hydraulic Jack Roller Bender' ini adalah merupakan satu projek inovasi yang mensasarkan bagi kegunaan pekerja tapak binaan bangunan dan juga kontraktor pengubahsuaian. Keseluruhan fabrikasi mesin ini dilakukan di Hardtech Engineering Workshop, Kulim, Kedah. Bahan utama yang digunakan untuk mesin ini adalah keluli lembut. Hasil daripada pengujian operasi menunjukkan bahawa 'Hydraulic Jack Roller Bender'ini dapat melenturkan kepingan logam menjadi bentuk bulat dan dapat memotong bahan kerja pada sudut 90° dan 45°.Selain itu, ia juga dapat membengkokkan bahan kerja pada sudut 90. Secara kesimpulannya, pembangunan dan inovasi 'Hydraulic Jack Roller Bender'ini telah berjaya mencapai objektif yang disasarkan.
URI: https://repositori.mypolycc.edu.my/jspui/handle/123456789/11021
Appears in Collections:Laporan Projek Pelajar

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
1951.pdfHYDRAULIC JACK ROLLER BENDER2.73 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.