Sila gunakan pengecam ini untuk memetik atau memaut ke item ini: https://repositori.mypolycc.edu.my/jspui/handle/123456789/10745
Tajuk: SISTEM TERMA SOLAR PSP
Pengarang: MUHAMMAD HADI JESNI, AMMAR FERHAD ALIZAN
RABIYATUL AIN MOHD SYAIFUL YAPP, NURHAZWANI BINTI SOBRI
Kata kunci: Tenaga solar,
produk inovasi
Sistem Terma Solar PSP
tenaga boleh baharu5
Tarikh diterbit: 2023
Penerbit: Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Seberang Perai
Abstrak: Tenaga Solar merupakan salah satu pembekal enaga alternative utama yang mampu membantudalam melestarikan penjagaan alam sekitar. Bagi menyahut seruan kerajaan dalam penjagaan alam sekitar maka sebuah produk inovasi telah dibangukan dengan menggunakan tenaga suria sebagai sumber utama untuk membekal tenaga. Produk ini dinamakan Sistem Terma Solar PSP yang digunakan bagi membantu memberikan sumber pencahayaan di sekitar kawasan PSP yang tidak mempunyai sumber cahaya ataupun boleh digunakan untuk membantu masyarakatdi kawasan yang tidak mempunyai bekalan elektrik. Kelebihan utama produk inovasi ini ialahia mampu menerangkan kawasan yang gelap pada keluasan 2.17m2 dengan menggunakan prinsip solar yang baharu daripada tin minuman. Sebanyak 16 tin minuman diperlukan bagi menghasilkan tenaga haba yang ditukar kepada elektrik melalui modul peltier. Tenaga solar yang ditukar ini mampu untuk mengecas bateri 12V untuk disimpan dan bagi menghasilkan sistem pencahayaan di waktu gelap. Preoduk ini dibangunkan dengan menggunakan bahan utama seperti tin minuman , modul peltier, bateri, lampu led, pengawal caj solar, plywood dan lapisan perspek. Kos keseluruhan fabrikasi pembuatan bagi alat inovasi ini pada RM310 dan ianya disasarkan kepada pihak berkenaan yang berada di Politeknik Seberang Perai dan masyarakat tempatan yang ingin membantu masyarakat bagi menerangkan kawasan yang gelap. Harga pasaran bagi Produk ini dipasarkan pada harga RM400 bersama cara pemasangan da pakej penyelenggaraan. Dengan wujudnya rekacipta ini masalah berkaitan kawasan yang gelap yang memerlukan lampu jalan dapat diatasidengan lebih cepat dan berkesan
URI: https://repositori.mypolycc.edu.my/jspui/handle/123456789/10745
Muncul dalam Koleksi:Laporan Projek Pelajar

Fail Penerangan SaizFormat 
20260625092520230.pdf1.92 MBAdobe PDFGambar kecil
Lihat/buka


Item di DSpace dilindungi oleh hak cipta, dengan semua hak dilindungi, kecuali dinyatakan sebaliknya.