
Sila gunakan pengecam ini untuk memetik atau memaut ke item ini:
https://repositori.mypolycc.edu.my/jspui/handle/123456789/10741| Tajuk: | MANUAL PENGGUNAAN EZ STARTER KIT VERSION 2.0 |
| Pengarang: | MOHAMMAD, NURUL NAJIHAH ISMAIL, HAFIZAH MUHAMAD, DZAZURIATY |
| Kata kunci: | Microcontrollers -- Handbooks, manuals, etc. Electronic kits -- Handbooks, manuals, etc. Electronic books. |
| Tarikh diterbit: | 2026 |
| Penerbit: | KOLEJ KOMUNITI PAYA BESAR |
| Abstrak: | EZ Starter Kit Version 2.0 merupakan sebuah kit pembelajaran yang direka khas untuk memperkenalkan konsep asas Internet of Things (IoT) secara praktikal dan interaktif. Kit ini dibangunkan sebagai platform pembelajaran yang mesra pengguna bagi membantu pelajar, pensyarah serta pemula memahami bagaimana peranti fizikal boleh berhubung, berkomunikasi dan dikawal melalui rangkaian internet. Kit ini menggunakan mikropengawal seperti Raspberry Pi PicoW yang mempunyai keupayaan sambungan WiFi terbina, membolehkan integrasi terus dengan pelbagai aplikasi IoT. Ia dilengkapi dengan pelbagai komponen seperti sensor ultrasonik, sensor gerakan (PIR), paparan LCD, modul relay, motor driver serta komponen sokongan lain yang membolehkan pelbagai eksperimen dan projek dijalankan. Reka bentuk EZ Starter Kit Version 2.0 adalah berasaskan pembelajaran berasaskan projek (project-based learning), dimana pengguna bukan sahaja mempelajari teori, tetapi turut membina sistem sebenar seperti pemantauan persekitaran, automasi peranti dan sistem kawalan pintar. Selain itu, kit ini turut menyokong integrasi dengan platform digital untuk tujuan pemantauan data secara masa nyata. Secara keseluruhannya, EZ Starter Kit Version 2.0 bertujuan untuk menyediakan asas kukuh dalam bidang IoT serta meningkatkan kemahiran teknikal, kreativiti dan pemikiran kritis dalam kalangan pengguna sejajar dengan keperluan teknologi masa kini. |
| URI: | https://repositori.mypolycc.edu.my/jspui/handle/123456789/10741 |
| ISBN: | 9786299433187 |
| Muncul dalam Koleksi: | eBOOKS (KKPB) |
| Fail | Penerangan | Saiz | Format | |
|---|---|---|---|---|
| MANUAL PENGGUNAAN EZ STARTER KIT VERSION 2.0.pdf | 27.75 MB | Adobe PDF | ![]() Lihat/buka |
Item di DSpace dilindungi oleh hak cipta, dengan semua hak dilindungi, kecuali dinyatakan sebaliknya.
