Sila gunakan pengecam ini untuk memetik atau memaut ke item ini: https://repositori.mypolycc.edu.my/jspui/handle/123456789/10141
Tajuk: LUMI GRIPPER
Pengarang: ABU RAMLAN, MUHAMMAD HAKIM
ROSLI, AHMAD RAZIN
Kata kunci: Robots, Industrial
Grippers (Mechanical devices)
Microcontrollers
Automation
Tarikh diterbit: Nov-2025
Penerbit: Politeknik Melaka
Abstrak: Projek ini memperkenalkan Lumi Gripper, alat inovatif yang direka khusus untuk membuka dan memasang lampu kalimantang jenis T8 di tempat tinggi dengan cara yang lebih selamat, cepat dan menjimatkan kos. Berbanding kaedah manual menggunakan tangga, Lumi Gripper mampu menjimatkan masa kerja sehingga 50%, sekali gus meningkatkan produktiviti dan mengurangkan kos penyelenggaraan. Menggunakan teknologi 3D printing berasaskan PLA, reka bentuk Lumi Gripper menampilkan struktur yang ringan, tahan lasak dan ergonomik. Ia dilengkapi batang aluminium boleh laras (adjustable), mudah alih (portable) serta lampu LED terbina dalam, menjadikannya mudah digunakan di ruang sempit atau kawasan gelap. Dengan berat kurang daripada 3 kg, alat ini mudah dibawa, disimpan dan digunakan pada bila-bila masa tanpa memerlukan ruang kerja yang luas. Lumi Gripper bukan sahaja meningkatkan faktor keselamatan pengguna dengan mengurangkan risiko terjatuh, malah mempunyai potensi tinggi untuk dikomersialkan dalam sektor penyelenggaraan bangunan, industri, dan kemudahan awam. Inovasi ini menawarkan penyelesaian praktikal, kos efektif dan mesra pengguna bagi menggantikan kaedah tradisional penukaran lampu di tempat tinggi.
URI: https://repositori.mypolycc.edu.my/jspui/handle/123456789/10141
Muncul dalam Koleksi:Sesi 1 : 2025 / 2026

Fail Penerangan SaizFormat 
LUMI GRIPPER - MOHD HASNI BIN ANGTERIAN (PMK)-FINAL.pdf412.93 kBAdobe PDFLihat/buka


Item di DSpace dilindungi oleh hak cipta, dengan semua hak dilindungi, kecuali dinyatakan sebaliknya.