Please use this identifier to cite or link to this item: https://repositori.mypolycc.edu.my/jspui/handle/123456789/10071
Title: Mengkaji Faktor-Faktor Penerimaan Pengguna Terhadap Bas Bertingkat Di Kawasan Pulau Pinang
Authors: Amirul Hakim Mohd Hanif, Laaletha Samugum
Bavani Rajan, Darshini Govidan
Muhammad Ridhwan Tajri
Keywords: Keselamatan
Keselesaan
Kualiti Perkhidmatan
Penerimaan Pengguna
Bas Bertingkat
Rapid Penang
Pengangkutan Awam
Issue Date: 2016
Series/Report no.: ;1527
Abstract: Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji faktor-faktor penerimaan pengguna terhadap bas bertingkat oleh Rapid Penang di Kawasan Pulau Pinang. Di sini pengkaji akan mengkaji tentang objektif kajian sama ada faktor keselamatan, keselesaan dan perkhidmatan yang akan mempengaruhi pengguna menaiki bas bertingkat . Kaedah skop kajian ini hanya menumpukan Kawasan kajian di sektor Pulau Pinang. Responden kajian adalah orang yang terdiri daripada pelajar, kakitangan awam dan swasta yang dipilih secara rawak. Kajian ini dilakukan untuk mendapatkan maklumbalas daripada pengguna terhadap aspek fizikal bas, tahap perkhidmatan bas dan kesan terhadap kawasan persekitaran. Bagi memenuhi objektif kajian, borang soal selidik telah diedarkan dan analisis kajian dilakukan dengan terhadap setiap borang soal selidik. Analisis kajian yang digunakan adalah program SPSS dan menggunakan kaedah peratusan serta min secara keseluruhannya, dapatan kajian persepsi pengguna terhadap pengangkutan awam adalah kurang memuaskan. Harapan daripada kajian yang telah dilakukan ini, adalah supaya pihak pengurusan bas bertingkat rapid Penang dapat memperbaiki segala kekurangan yang ada bagi meningkatkan kualiti pengangkutan awam di masa akan datang terutamanya dari aspek fizikal bas, tahap perkhidmatan bas dan cara untuk menangani masalah pencemaran pengangkutan awam seperti pengangkutan awam negara luar. Justeru itu, beberapa cadangan membina telah dikemukakan untuk mempertingkatkan kualiti pengangkutan awam.
URI: https://repositori.mypolycc.edu.my/jspui/handle/123456789/10071
Appears in Collections:Laporan Projek Pelajar

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
1527.pdf2.22 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.