Sila gunakan pengecam ini untuk memetik atau memaut ke item ini: https://repositori.mypolycc.edu.my/jspui/handle/123456789/7322
Tajuk: PROFIL KOMUNITI ORANG ASLI KAMPUNG SUNGAI BUAH UNTUK PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN ‘SULAM’
ORANG ASLI SUNGAI BUAH COMMUNITY PROFILE FOR SULAM PLANNING AND IMPLEMENTATION
Pengarang: Rozita Ibrahim
Azmah Mohti
Nurafiqa Najihah Kamarulzaman
Nasruddin Yunos
Doris Padmini Selvaratnam
Kata kunci: Pembelajaran berasaskan khidmat
SULAM
Kurikulum tersedia masa hadapan
Keterlibatan universiti-komuniti
Profil komuniti
Orang Asli
Service learning
Future-ready curriculum
University-community engagement
Community profile
Tarikh diterbit: 2023
Penerbit: Pusat Citra Universiti, Universiti Kebangsaan Malaysia
Siri / Laporan No.: MALIM: Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara;24, 135-154
Abstrak: Profil komuniti berguna untuk memahami sumber dan keperluan sesebuah komuniti kerana ia menyediakan maklumat asas bagi perancangan program pembangunan dan pembuatan keputusan. Kertas ini membincangkan profil komuniti Orang Asli di Kampung Sungai Buah yang terletak di Dengkil, Selangor. Kaedah yang digunakan adalah pemerhatian di lapangan, soal selidik dan temu bual mendalam bersama dua orang ‘key informants’ dalam kalangan ahli komuniti tersebut. Aspek yang dikaji pula meliputi kemudahan infrastruktur awam, kemudahan asas di rumah kediaman, sumber pendapatan dan bantuan kewangan, kebudayaan dan kesenian, serta status kesihatan umum. Dalam konteks kertas ini, penelitian profil komuniti digunakan sebagai asas pertimbangan pelaksanaan projek dan aktiviti berkaitan pembelajaran berasaskan khidmat atau SULAM bagi pelajar UKM. Hasil kajian profil komuniti Kampung Orang Asli Sungai Buah dipersembahkan dan kemudiannya analisis SWOT dilakukan untuk mengenalpasti kekuatan, kelemahan, peluang dan cabaran dari sudut pelaksanaan SULAM. Di akhir kertas, cadangan praktikal dalam perancangan dan pelaksanaan projek SULAM yang memenuhi keperluan pihak universiti dan komuniti akan dibincangkan.
URI: https://repositori.mypolycc.edu.my/jspui/handle/123456789/7322
Muncul dalam Koleksi:JABATAN PENGAJIAN AM



Item di DSpace dilindungi oleh hak cipta, dengan semua hak dilindungi, kecuali dinyatakan sebaliknya.