
Please use this identifier to cite or link to this item:
https://repositori.mypolycc.edu.my/jspui/handle/123456789/7319| Title: | KAEDAH DAN IMPAK AMALAN 3R DALAM ANIMASI BOBOIBOY |
| Other Titles: | METHOD AND IMPACT OF 3R PRACTICE IN BOBOIBOY ANIMATION |
| Authors: | Maharam Mamat Nor Afian Yusof Lim, Kar Keng Maisarah Yaacob |
| Keywords: | Pengurusan alam Sisa buangan pepejal Animasi Boboiboy Alam sekitar Environmental management Solid waste Animation Environment |
| Issue Date: | 2023 |
| Publisher: | Pusat Citra Universiti, Universiti Kebangsaan Malaysia |
| Series/Report no.: | MALIM: Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara;24, 72-98 |
| Abstract: | Peningkatan kuantiti sisa buangan pepejal domestik memerlukan cara penyelesaian yang lebih baik bagi mengelakkan masalah alam sekitar yang lebih rumit. Amalan 3R (reuse, reduce and recycle) dikatakan antara langkah dilaksanakan untuk mendidik masyarakat menguruskan sisa buangan pepejal domestik. Sesuatu amalan yang ingin dibudayakan dalam masyarakat perlu diterapkan seawal usia kanak-kanak lagi. Mendidik perlu dari rebungnya. Penerapan amalan penjagaan alam sekitar kepada golongan muda boleh dilakukan dalam bentuk hiburan dengan menyisipkan dalam animasi kegemaran kanak-kanak seperti Upin dan Ipin, Boboiboy, Umar dan Hana dan sebagainya. Kajian ini menganalisis kaedah pengurusan sisa buangan pepejal menggunakan kaedah 3R dalam animasi Boboiboy, seterusnya meneliti impak positif terhadap alam sekitar apabila melakukan pengurusan sampah yang baik. Kajian ini menggunakan animasi Boboiboy episod “Jagalah Bumi” (tiga episod) sebagai teks kajian utama. Berdasarkan analisis ini didapati bahawa animasi ini berjaya mengetengahkan konsep 3R dalam tiga episod “Jagalah Bumi” termasuk memaparkan tentang bagaimana proses pengurusan sisa buangan pepejal dilaksanakan di tapak pelupusan sampah. Animasi ini juga turut mengetengahkan impak positif amalan 3R yang berperanan ke arah kelestarian alam. |
| URI: | https://repositori.mypolycc.edu.my/jspui/handle/123456789/7319 |
| Appears in Collections: | JABATAN PENGAJIAN AM |
Files in This Item:
| File | Description | Size | Format | |
|---|---|---|---|---|
| KAEDAH DAN IMPAK AMALAN 3R DALAM ANIMASI BOBOIBOY.pdf | 392.95 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.