Sila gunakan pengecam ini untuk memetik atau memaut ke item ini: https://repositori.mypolycc.edu.my/jspui/handle/123456789/7312
Tajuk: ANALISA PERKEMBANGAN KERANGKA PERUNDANGAN PENILAIAN IMPAK SOSIAL DI MALAYSIA
ANALYSIS OF THE DEVELOPMENT OF THE LEGAL FRAMEWORK FOR SOCIAL IMPACT ASSESSMENT IN MALAYSIA
Pengarang: Nur Atheefa Sufeena M Suaree
Nurhafilah Musa
Kata kunci: Penilaian impak sosial
Malaysia
Kerangka perundangan
Perkembangan
Social impact assessment
Legal framework
Development
Tarikh diterbit: Mei-2025
Penerbit: UKM Press
Siri / Laporan No.: Jurnal Undang-undang dan Masyarakat;95 – 112
Abstrak: Penilaian Impak Sosial (Social Impact Assessment, SIA) merupakan instrumen penting dalam menilai kesan sosial projek pembangunan, khususnya yang berdekatan dengan kawasan berpenduduk. Sejak 2015, Malaysia menunjukkan komitmen terhadap Matlamat Pembangunan Lestari (Sustainable Development Goals, SDG), dengan SIA menjadi mekanisme penting dalam memastikan pembangunan inklusif dan mampan. Kajian ini menganalisis perkembangan dan cabaran pelaksanaan SIA dari aspek dasar dan perundangan menggunakan kaedah kualitatif melalui analisis dokumen dankepustakaan. Dapatan menunjukkan bahawa pelaksanaan SIA di Malaysia tertakluk kepada Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) dan pelbagai garis panduan, termasuk Manual SIA 2023. Namun, wujud jurang pelaksanaan, termasuk kekangan kos, ketidakseragaman antara negeri dan aspek penguatkuasaan. Oleh itu, penambahbaikan dasar dan perundangan dicadangkan bagi memperkukuh keberkesanan SIA dan menyokong agenda pembangunan lestari negara.
URI: https://repositori.mypolycc.edu.my/jspui/handle/123456789/7312
Muncul dalam Koleksi:JABATAN PENGAJIAN AM



Item di DSpace dilindungi oleh hak cipta, dengan semua hak dilindungi, kecuali dinyatakan sebaliknya.