Sila gunakan pengecam ini untuk memetik atau memaut ke item ini: https://repositori.mypolycc.edu.my/jspui/handle/123456789/7311
Tajuk: ANALISIS KESALAHAN ORTOGRAFI DALAM DRAF PENULISAN PELAJAR CHINA DI UKM
ANALYSIS OF SPELLING ERRORS IN THE DRAFT WRITING ASSESSMENT BY CHINA STUDENTS IN UKM
Pengarang: Daing Zairi Ma'arof
Maharam Mamat
Nurul Atiqah Md. Suhada
Sofia Ayup
Azlan Ahmad
Kata kunci: LMCM1083
Penilaian penulisan
Bahasa Melayu
Kesalahan ortografi
Guru
UKM
Writing assessment
Malay language
Orthograhy errors
Teacher
Tarikh diterbit: 2023
Penerbit: Pusat Citra Universiti, Universiti Kebangsaan Malaysia
Siri / Laporan No.: MALIM: Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara;24 :99-119
Abstrak: Dalam pembelajaran bahasa kedua, penulisan sangat berperanan untuk menilai kefahaman pelajar dalam menguasai bahasa baharu. Kebiasaannya, pelajar menghadapi kesukaran dalam pemilihan kata, ejaan dan ayat ketika menulis. Oleh sebab itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti bentuk kesalahan yang dilakukan oleh pelajar dalam aspek ortografi dalam draf penulisan pelajar yang mengikuti Kursus LMCM1083 Bahasa Melayu Komunikasi Antarabangsa. Penulisan ini merupakan salah satu elemen penilaian kursus yang perlu diikuti oleh pelajar antarabangsa yang mengikuti kursus ini. Teks penulisan pelajar dianalisis berdasarkan Teori Analisis Kesalahan oleh Corder (1981) melibatkan pelajar antarabangsa dari negara China yang belajar di UKM. Hasil kajian ini mendapati terdapat beberapa kesalahan bahasa daripada aspek ortografi yang kerap dilakukan oleh pelajar antarabangsa iaitu kesalahan dalam penggunaan huruf besar dan huruf kecil; kesalahan penggunaan huruf vokal dan konsonan dalam perkataan; kesalahan pengguguran huruf vokal dan konsonan dalam perkataan serta kesalahan penggantian huruf vocal dan konsonan. Kajian ini menyarankan peranan guru untuk membimbing pelajar agar kesalahan yang sama tidak berulang dalam usaha menambah baik penulisan pelajar.
URI: https://repositori.mypolycc.edu.my/jspui/handle/123456789/7311
Muncul dalam Koleksi:JABATAN PENGAJIAN AM



Item di DSpace dilindungi oleh hak cipta, dengan semua hak dilindungi, kecuali dinyatakan sebaliknya.