Sila gunakan pengecam ini untuk memetik atau memaut ke item ini: https://repositori.mypolycc.edu.my/jspui/handle/123456789/3623
Tajuk: Laporan Eksekutif Program Panel Penasihat Industri Program Pengajian IAP Politeknik Kota Kinabalu Tahun 2022-2024
Kata kunci: Pendidikan- Latihan Teknikal dan Vocational
TVET
Tarikh diterbit: 2025
Penerbit: Politeknik Kota Kinabalu
Penerangan: Isu graduan yang bekerja di bawah tahap kemahiran semakin mendapat perhatian. Institusi pengajian tinggi perlu memastikan graduan yang dihasilkan memenuhi standard dan keperluan industri. Hal ini selari dengan hala tuju kerajaan Malaysia yang menekankan pembangunan modal insan berkualiti melalui inisiatif seperti Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013–2025 dan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12), yang bertujuan meningkatkan daya saing tenaga kerja tempatan serta memperkukuh hubungan antara institusi pendidikan dan industri. Selain itu, agenda Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) dan Dasar Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) turut menjadi keutamaan dalam memastikan graduan dilengkapi dengan kemahiran teknologi tinggi, inovasi, dan keusahawanan yang diperlukan oleh era digital. Oleh itu, politeknik dan institusi pengajian tinggi perlu bersedia dengan perubahan ini melalui penyesuaian kurikulum yang lebih fleksibel, berasaskan permintaan industri serta penekanan terhadap pembelajaran sepanjang hayat. Maklumat balas dan penyesuaian kurikulum daripada pihak industri merupakan proses penting untuk memastikan graduan dari penyampaian program di institusi sentiasa relevan dan memenuhi kehendak semasa industri.
URI: https://online.fliphtml5.com/hhldd/idxp/#p=1
https://repositori.mypolycc.edu.my/jspui/handle/123456789/3623
Muncul dalam Koleksi:eBook PSP

Fail Penerangan SaizFormat 
LAPORAN EKSEKUTIF PROGRAM IAP PKK.jpgPoliteknik Kota Kinabalu komited untuk memperkukuh hubungan strategik dengan sektor industri melalui penganjuran Mesyuarat Panel Penasihat Industri Program (IAP) bagi sesi 2022-2024. Proses pemantauan, penilaian serta kajian semula program pengajian perlu dilaksanakan bagi memastikan kualiti graduan yang tamat mengikuti program pengajian terbabit mencapai objektif pembelajaran yang ditetapkan.129.89 kBJPEGLihat/buka


Item di DSpace dilindungi oleh hak cipta, dengan semua hak dilindungi, kecuali dinyatakan sebaliknya.